Ini merupakan kerjasama yang telah dibuat antara MBSA dan Komuniti Seri Nuang yang mana usaha mewujudkan sebuah perpustakaan telah bermula semenjak 2014 apabila Seri Nuang dipilih oleh pihak MPP Zon 4 (Seksyen 8 dan U11) untuk bertanding di dalam Pertandingan Zon Bersih Mini (Mini Zee-Bee) antara zon-zon di Shah Alam. Hasrat dan sokongan padu daripada MPP Zon 4 menjadikan Seksyen U11 sebagai hab pendidikan rakyat telah membuahkan hasil dengan wujudnya perpustakaan mini ini.
Perpustakaan mini adalah di bawah naungan dan seliaan Surau Al-Ikhwan di mana ianya seiring dengan misi surau untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada komuniti di samping mengadakan siri-siri kuliah agama dan kuliah bersiri bersama penceramah jemputan.
Para penduduk juga telah menyumbang sejumlah buku yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk sendiri. Buku-buku ini adalah merangkumi subjek umum, kanak-kanak, agama, motivasi diri dan lain-lain. Antara program yang telah dijalankan di perpustakaan mini ialah:
a. Pembentangan akhir Pertandingan Zon Bersih Mini (Mini Zee-Bee)
b. Fun Learning English bersama Uncle K
c. Program Kempen Kesihatan bersama Fakulti Perubatan, UiTM
d. Demo membuat kek Brownies dan Carrot anjuran MPP Zon 4
e. Program lawatan ke Perpustakaan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning
f. Misi pecutan akhir PT3 dan SPM bersama Aunty Dayah
g. Program 'Storytelling' bersama pelajar taska-taska Bukit Bandaraya, Seksyen U11
Sekiranya ada mana-mana organisasi yang ingin menjalankan program bersama komuniti di Seri Nuang, bolehlah berhubung melalui email: serinuang@gmail.com / an9949@gmail.com ataupun melalui telefon di talian 018-213 8370 / 012-614 6504
Tenaga kerja PAV sedang meyiapkan kerja-kerja pemasangan komputer |
Wakil Perpustakaan Anggerik Vanilla, En. Jazlan bersalaman dengan En. Norazlan dari Seri Nuang sambil diperhatikan oleh En. Adnan (Seri Nuang) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan