PETALING JAYA, 7 JULAI : Sehubungan itu, satu seminar
dianjurkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan seminar bagi
memberi pendedahan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Jawatankuasa
Pengurusan (MC) bangunan berstrata supaya dapat berfungsi dengan baik dan
berkesan.
Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin
Paduka Alinah Ahmad berkata, seminar ini juga memberi peluang kepada JMB dan
wakil penduduk yang hadir untuk mengemukakan soalan dan masalah yang dihadapi
seterusnya mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan tersebut.
Katanya, JMB dan MC perlu bertindak
lebih efektif dalam menjamin kualiti kehidupan di bangunan berstrata sentiasa
berada dalam keadaan baik.
Ini kerana penghuni perlu berkongsi
semua harta bersama seperti lif, tangga, taman, kolam, tangki, paip dan
bumbung.
“Faktor yang paling penting dalam
menjamin kualiti kehidupan di bangunan berstrata adalah tahap kesedaran dan
keprihatinan setiap penghuni khususnya JMB dan MC bangunan berbilang tingkat
kepada kebersihan, keselesaan dan keselamatan serta aspek pengurusan dan
penyenggaraan bangunan,” katanya.
Peserta seminar diharap dapat
meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pengurusan dan penyelenggaraan bangunan
berstrata dalam aspek pentadbiran, operasi penyelenggaraan, pengurusan
keselamatan melalui seminar ini.
Beliau berkata demikian ketika hadir ke
program MBPJ Bersama Penghuni Berstrata 2013 di Dewan D’Kelana, Petaling Jaya
di sini hari ini.
Dalam pada itu, seminar berkenaan
memberi fokus kepada beberapa topik utama seperti pembentangan penguatkuasaan
di bawah Akta 133, program pasukan keselamatan kejiranan PJ dan program ‘low
carbon’.
Sumber: Selangorku
1 ulasan:
kalau ada buat kat shah alam boleh la pergi
Catat Ulasan