Ahad, Julai 07, 2013

JMB dan JMC perlu bergerak lebih efektif



PETALING JAYA, 7 JULAI : Sehubungan itu, satu seminar dianjurkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan seminar bagi memberi pendedahan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Jawatankuasa Pengurusan (MC) bangunan berstrata supaya dapat berfungsi dengan baik dan berkesan.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata, seminar ini juga memberi peluang kepada JMB dan wakil penduduk yang hadir untuk mengemukakan soalan dan masalah yang dihadapi seterusnya mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan tersebut.

Katanya, JMB dan MC perlu bertindak lebih efektif dalam menjamin kualiti kehidupan di bangunan berstrata sentiasa berada dalam keadaan baik.

Ini kerana penghuni perlu berkongsi semua harta bersama seperti lif, tangga, taman, kolam, tangki, paip dan bumbung.

“Faktor yang paling penting dalam menjamin kualiti kehidupan di bangunan berstrata adalah tahap kesedaran dan keprihatinan setiap penghuni khususnya JMB dan MC bangunan berbilang tingkat kepada kebersihan, keselesaan dan keselamatan serta aspek pengurusan dan penyenggaraan bangunan,” katanya.
Peserta seminar diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pengurusan dan penyelenggaraan bangunan berstrata dalam aspek pentadbiran, operasi penyelenggaraan, pengurusan keselamatan melalui seminar ini.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke program MBPJ Bersama Penghuni Berstrata 2013 di Dewan D’Kelana, Petaling Jaya di sini hari ini.

Dalam pada itu, seminar berkenaan memberi fokus kepada beberapa topik utama seperti pembentangan penguatkuasaan di bawah Akta 133, program pasukan keselamatan kejiranan PJ dan program ‘low carbon’.

Sumber: Selangorku

1 ulasan:

Zaini Hassan berkata...

kalau ada buat kat shah alam boleh la pergi