Secara umumnya ramai yang berpandangan badan
pengurusan bersama hanya menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan semata -
mata. Ramai yang masih tidak mengetahui Tugas dan kuasa yang ada pada
Badan Pengurusan Bersama. berikut adalah secara ringkasnya tugas yang
patut diketahui oleh semua pembeli dan penghun:
1. Menyelenggarakan dan menjaga harta bersama dengan sempurna
2. Menentukan dan mengenakan caj yang perlu bagi pembaikan dan penyelenggaraan harta bersama.
3. Menginsuranskan bangunan sebanyak nilai gantian bangunan itu terhadap kebakaran dan apa-apa risiko lain.
4. Menguatkuasakan kaedah-kaedah dalaman bagi penyelenggaraan dan pengurusan bangunan.
5. Mengutip daripada pembeli caj penyelenggaraan dan pengurusan berkadaran
dengan unit syer yang diuntukkan bagi petak mereka masing-masing;
6. Membenarkan perbelanjaan bagi menjalankan penyelenggaraan dan pengurusan harta bersama;
7. Mendapatkan kembali daripada mana-mana pembeli apa-apa jumlah wang yang
dibelanjakan oleh Badan berkenaan dengan petak itu dalam mematuhi
apa-apa notis atau perintah
8. Membeli, menyewa
atau selainnya memperoleh harta alih atau harta tak alih bagi kegunaan
oleh pembeli berkaitan dengan penikmatan harta bersama mereka;
9. Mengatur dan mendapatkan perkhidmatan mana-mana orang atau ejen untuk
mengusahakan penyelenggaraan dan pengurusan harta bersamabangunan itu;
10. Membuat kaedah-kaedah dalaman bagi penyelenggaraan danpengurusan bangunan itu dengan sempurna; dan
11. Untuk melakukan segala perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan tugasnya di bawah Akta 663
Lain-lain perbelanjaan rutin adalah seperti berikut
1. Membayar bil elektrik / bil air common area (Surau, parking, koridor, lampu)
2. Kerja-kerja pembersihan dan pengangkutan sampah
3. Lanskap
4. Keselamatan
5. Pentadbiran
6. Penyelengaraan am
Secara
umumnya dibawah kawasan pentadbiran badan pengurusan bersama terdapat
sekurang-kurangnya tiga pihak yang terlibat secara langsung
1. Badan Pengurusan Bersama
2. Pihak Berkuasa Tempatan
3. Pemaju
13 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan