Alhamdulillah, gotong-royong telah selamat disempurnakan walaupun pada awalnya hujan turun dengan lebat pada sebelah pagi. Aktiviti ini dimulakan jam 10.00 pagi dengan acara masak bubur lambuk oleh geng-geng pompuan. Sedap tu beb.. Kemudian buat acara tampal sticker dalam pintu lift Blok 2 yang dah karat serta menutup kerja-kerja seni torehan kat pintu lift tu. Helikopter rumput pun disempurnakan serta cat dua batu nama Blok 1dan 2. Kerja-kerja ni setel dalam jam 3.00 petang. Terima kasih kepada yang datang dan memang makan disediakan cukup. Terima kaseh jugak kepada yang menyumbang makanan dari rumah.
p/s: Gambar masak bubur lambuk tak sempat nak ambil. Harap maaf. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan