Memaparkan catatan dengan label wakaf surau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wakaf surau. Papar semua catatan

Khamis, Julai 04, 2024

Bantuan Wakaf / Derma Pembaikan dan Penambahan Kecemasan Infrastruktur Surau Al-Ikhwan

4 Julai 2024

PERMOHONAN BANTUAN WAKAF/DERMA PEMBAIKAN DAN PENAMBAHAN KECEMASAN INFRASTRUKTUR SURAU AL IKHWAN

Surau Al Ikhwan memerlukan sejumlah RM 25000.00 untuk pembelian permaidani ruang solat yang baru dan infra tambahan yang sangat diperlukan.  Ini kerana pada 14 Jun 2024 baru-baru ini, kami mengalami insiden di mana sebahagian besar ruang solat surau telah terkena najis mughallazzah akibat anjing telah memasuki ke solat di dalam surau.

Kejadian ini telah mengakibatkan seluruh ahli kariah tidak dapat menunaikan ibadah kerana najis berat. Kesan utama adalah terhadap permaidani surau kami, yang merupakan aset penting bagi kegiatan ibadah di surau ini.

Kerana kejadian ini, pihak surau terpaksa menaikkan pagar separas tinggi orang dewasa dan mengadakan pintu ”flip” supaya pintu utama senantiasa tertutup dan tidak dimasuki binatang.

Oleh itu, kami dengan rendah diri memohon bantuan dari Tan Sri / Dato’/ Tuan dan Puan untuk memberikan sokongan kewangan dalam pembelian permaidani baru untuk menggantikan yang telah tercemar ini dan tambahan halangan-halangan untuk mengelakkan kejadian sama dari berulang.

Sumbangan wakaf boleh dibuat secara RM100 Per lot kepada:


Nama              : SURAU AL IKHWAN
Bank                : Bank Islam
No Akaun         : 12038010102222
Ref                   : Wakaf Surau

Sekian, terima kasih. 


Pengerusi Surau Al Ikhwan
Pangsapuri Seri Nuang
No.1, Jalan Gunung Nuang U11/37
Bukit Bandaraya, Seksyen U11
40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Jumaat, Februari 05, 2021

Projek Bumbung Pejalan kaki Surau Al-Ikhwan Fasa 1

 

Kemajuan projek setakat 4 Feb 2021

Projek Wakaf Bumbung Surau Fasa 1 sedang dalam pembinaan. Ini adalah sumbangan daripada orang ramai. InsyaAllah ada lagi fasa-fasa seterusnya bagi menambahbaik fasiliti Surau Al-Ikhwan.
Nama akaun: Surau Al-Ikhwan
Nama bank: Bank Islam Malaysia Berhad
No. Akaun: 120-380-101-02222
Rujukan: Wakaf Surau

Isnin, November 09, 2020

Wakaf Surau Al-Ikhwan tahun 2020


As Salam.
Surau Al-Ikhwan sedang mencari dana wakaf untuk pembangunan Surau.
Antara yang terpenting menghubungkan jemaah Bangunan Blok 1 ke Surau Al Ikhwan.
Kepada yang berminat berwakaf bolehlah membuat sumbangan tersebut dengan menyatakan "WAKAF SURAU" apabila membuat transaksi online account Bank Islam
12038010102222 atas nama Surau Al-Ikhwan
Boleh lah juga KONGSI untuk sama-sama mendapat manfaatnya sebagai saksi kepada wakaf ini
Percayalah, tak perlu banyak wang untuk bersedeqah atau berwakaf.
Semoga segala usaha kita ini akan diterima oleh Allah SWT.
 
Segala wakaf bolehlah dimaklumkan kepada nombor-nombor telefon yang tertera di dalam poster di atas untuk tujuan rekod pihak surau.