Sabtu, Julai 11, 2026

Mesyuarat Agung JMB Seri Nuang 2026 Pada 11 Julai 2026



Mesyuarat Agung JMB Seri Nuang diadakan hari ini.

Mesyuarat Agung JMB bukan satu pilihan, tetapi satu tanggungjawab.
Jangan hanya bersuara apabila masalah timbul. Pepatah Melayu mengingatkan kita, "selepas rumah siap, pahat masih berbunyi." Jangan biarkan perkara itu berlaku di kawasan kediaman kita.
Inilah masanya untuk hadir, bertanya, memberi pandangan dan memilih barisan kepimpinan JMB yang berintegriti, berkebolehan, telus serta benar-benar memperjuangkan kepentingan penduduk.
Jika kita tidak hadir dan tidak mengambil peduli, jangan menyesal atau menyalahkan orang lain apabila keputusan yang dibuat tidak memihak kepada kita.
Hak mengundi adalah hak menentukan masa depan komuniti. Gunakan hak itu dengan bijaksana.

11 Julai 2026

Tiada ulasan: