SESUNGGUHNYA KITA MILIK ALLAH DAN KEPADA-NYA KITA KEMBALI.
Dukacita dimaklumkan bahawa Saudara Zawani bin Yusoff (43) telah kembali ke Rahmatullah subuh tadi di rumahnya di Tingkat 7, Pangsapuri Seri Nuang, Bukit Bandaraya, Seksyen U11, Shah Alam.
Jenazah telah dibawa ke hospital Klang untuk posmortem. Selepas posmortem jenazah akan dibawa ke Surau At-Taqwa (Surau Diri Jumaat) untuk urusan mandi, kafan dan solat.
Ketentuan masa Solat Jenazah akan dimaklumkan kemudian samada selepas solat Zohor atau selepas solat Asar bergantung kepada proses post-mortem.
Jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan Seksyen 21 untuk proses pengebumian selepas solat jenazah. Semua jemaah yang berkelapangan dijemput hadir untuk menunaikan solat jenazah di Surau At-Taqwa (Surau Diri Jumaat) dan seterusnya mengiringi jenazah ke tanah perkuburan Sekyen 21.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan