Isnin, Mac 04, 2024

Gotong-Royong Surau / Majlis Tahlil dan Bacaan Yaasin

Assalamualaikum wbk. 

Bulan Ramadhan hampir tiba, marilah kita sama-sama berganding bahu membersihkan surau kita sebagai persediaan untuk sembahyang Terawih dan lain-lain. Jemput juga ke majlis Tahlil dan bacaan Yaasin pada sebelah malamnya pula. Ketetapannya adalah seperti yang berikut: 

Tarikh: 9 Mac 2024 (Sabtu)

Masa: Gotong-royong - 8.30 pagi

           Majlis Tahlil - Selepas solat Maghrib

Tempat: Surau Al-Ikhwan 

Justeru, Surau Al-Ikhwan ingin menjemput semua Seri Nuangers bersama-sama dalam kerja amal ini dan jemput juga hadir ke majlis Tahlil dan bacaan Yaasin pada sebelah malamnya. 

Jamuan disediakan pada kedua-dua acara ini. Sekiranya ada sesiapa yang ingin menyumbang juadah, Surau Al-Ikhwan amat menghargainya. Bagi penyertaan Tahlil, sila klik pada pautan ini: https://forms.gle/58CTrCChcHXHTDSK6

Kalau Siang Ada Matahari

Kalau Malam Ada Bintang dan Bulan

Mari Kita sucikan Hati

Untuk Menyambut Bulan Ramadhan

Jangan lupa hari Sabtu ni!!

#MarhabanYaRamadan

#RumahKitaKampungKita

Tiada ulasan: