Selasa, Ogos 07, 2018

Perjumpaan dengan YB Najwan Halimi


JEMPUTAN KHAS
Assalamualaikum Wh. Wb & Selamat Sejahtera.

YBrs Ustaz Haji Mhd Omar Abd Hamid, Pengerusi & Ahli2 Jawatankuasa Persatuan Penduduk Bukit
Bandaraya, Shah Alam  (PPBBSA) Dengan hormat dan takzimnya menjemput SEMUA
Penduduk Bukit Bandaraya Shah Alam ke:

MAJLIS PERJUMPAAN YB. Tuan Najwan Halimi, ADUN Kota Anggerik dengan Penduduk Bukit Bandaraya Shah Alam  Pada Hari Ahad, 12 Ogos  bertempat di Dewan MBSA Bukit Bandaraya..

ATURCARA MAJLIS
8.45 pagi: Penduduk BBSA berada di Dewan

9.00 - 10.30 pagi: Sesi Taklimat & Perbincangan mengenai Aspek Keselamatan di BBSA.

10.45 pagi: Ketibaan YB Tuan Najwan Halimi, ADUN Kota Anggerik & Para Jemputan Khas

11.00 pagi: Majlis dimulakan
          Kata2 Aluan Juruacara Majlis                                                                                                  Ucapan YBrs Ustaz Hj Mhd Omar, Pengerusi PPBBSA
            
Ucapan YB Tuan Najwan Halimi, ADUN Kota Anggerik
         Sesi Suaikenal & Dialog YB dengan Penduduk BBSA
         Majlis Tamat

Untuk makluman tuan/puan kita juga menjemput YBhg Datuk Bandar ShahAlam, Pengerusi MPPP, Ketua Polis Shah Alam, Pengetua Tenby International School, Pegawai Kesihatan Daerah serta wakil2 dari Jabatan & agensi yg berkaitan untuk hadir bersama.

Kehadiran Tuan/Puan untuk bersama-sama dalam majlis ini adalah amat dihargai & diucapkan berbanyak terima kasih. Harap forwardkan jemputan ini kpd jiran2, sanak saudara serta rakan sahabat tuan/puan yang tinggal di BBSA.

Sekian, Salam
Takzim & Selamat Sejahtera.
Ikhlas daripada:
Pengerusi & AJK
Persatuan Penduduk Bukit
Bandaraya Shah Alam (PPBBSA).

Tiada ulasan: