Selasa, Jun 10, 2014

AlFatihah: Ustaz Haji Ahmad Mustafa


SHAH ALAM 10 JUN: Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.07 malam tadi.
Allahyarham Ahmad Mustafa,39, disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung, selepas enam hari dimasukkan ke IJN. Kematian Allahyarham disahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Ahmad Zaharin Mohd Saad dalam satu kenyataan, di sini.

Menurut kenyataan JAIS sebelum ini, Imam Besar itu mengadu sesak nafas dan dimasukkan ke Hospital Selayang sebelum dirujuk ke IJN. Allahyarham lahir pada 26 Disember 1974.
Allahyarham mendapat pendidikan awal Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Selangor dan Markas Tahfil Al-Quran Wal Qiraat Masjid Negeri (MARTAH) Kemudian menyambung pelajaran untuk Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat (Darul Quran, Malaysia) dan Ijazah Tahassus Qiraat (University Al-Azhar, Mesir). Warga Seri Nuang mengucapkan takziah kepada keluarga dan didoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan para Anbia dan Solehin.

Al-Fatihah….

Sumber: Selangorkini 

Tiada ulasan: