Sabtu, Januari 12, 2013

Tugas dan Kuasa JMB

Secara umumnya ramai yang berpandangan badan pengurusan bersama hanya menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan semata - mata. Ramai yang masih tidak mengetahui Tugas dan kuasa yang ada pada Badan Pengurusan Bersama. berikut adalah secara ringkasnya tugas yang patut diketahui oleh semua pembeli dan penghun:

1. Menyelenggarakan dan menjaga harta bersama dengan sempurna

2. Menentukan dan mengenakan caj yang perlu bagi pembaikan dan penyelenggaraan harta bersama.

3. Menginsuranskan bangunan sebanyak nilai gantian bangunan itu terhadap kebakaran dan apa-apa risiko lain.

4.  Menguatkuasakan kaedah-kaedah dalaman bagi penyelenggaraan dan pengurusan bangunan.

5. Mengutip daripada pembeli caj penyelenggaraan dan pengurusan berkadaran dengan unit syer yang diuntukkan bagi petak mereka masing-masing;

6. Membenarkan perbelanjaan bagi menjalankan penyelenggaraan dan pengurusan harta bersama;

7. Mendapatkan kembali daripada mana-mana pembeli apa-apa jumlah wang yang dibelanjakan oleh Badan berkenaan dengan petak itu dalam mematuhi apa-apa notis atau perintah

8. Membeli, menyewa atau selainnya memperoleh harta alih atau harta tak alih bagi kegunaan oleh pembeli berkaitan dengan penikmatan harta bersama mereka;

9. Mengatur dan mendapatkan perkhidmatan mana-mana orang atau ejen untuk mengusahakan penyelenggaraan dan pengurusan harta bersamabangunan itu;

10. Membuat kaedah-kaedah dalaman bagi penyelenggaraan danpengurusan bangunan itu dengan sempurna; dan

11. Untuk melakukan segala perkara yang semunasabahnya perlu bagi pelaksanaan tugasnya di bawah Akta 663

 Lain-lain perbelanjaan rutin adalah seperti berikut

1. Membayar bil elektrik / bil air common area (Surau, parking, koridor, lampu)

2. Kerja-kerja pembersihan dan pengangkutan sampah

3. Lanskap

4. Keselamatan

5. Pentadbiran

6. Penyelengaraan am

Secara umumnya dibawah kawasan pentadbiran badan pengurusan bersama terdapat sekurang-kurangnya tiga pihak yang terlibat secara langsung

1. Badan Pengurusan Bersama
2. Pihak Berkuasa Tempatan
3. Pemaju

Tiada ulasan: