Salam Lebaran Kembali kepada Seri Nuang,
Nampak gayanya semua dah kembali ke rumah masing-masing dan dah ada yang main takraw.
maksudnya suara kawan-kawan sudah kedengaran kembali.
Musim raya, musim pi raya rumah org.
Apa kata kita start program Baraan Raya Seri Nuang dalam masa terdekat ni?
Rumah sapa kita nak start dulu?
Apa format dia kali ni?
Selalunya Baraan ni tak lama, pi dari romah ke romah, paling kuat lima - enam minit la,minum sikit, pastu selawat sikit, jalan pi rumah org lain plak.....
p/s: Gambar di atas merupakan program Baraan di Sekinchan pada raya kedua (31 Ogos 2011) bermula 10.00am sehingga 4.00pm
Artikel pasal Baraan ada kat sini
13 tahun yang lalu
7 ulasan:
baraan rumah ke rumah, dari tingkat ke tingkat memang meriah..
jadual baraan dah ditampal kat pintu lift dan tangga di blok 2 dan 1, sila tuliskan nombor rumah masing masing kalau nak ikut baraan sekali.
Baraan rapatkan silaturahim
Utusan Malaysia – 9 Sept 2011
Oleh HELMI MOHD FOAD
SELESAI bacaan tahlil dan doa kepada para arwah dan sekian muslimin serta muslimat yang dilakukan selepas solat sunat Aidilftri, soalan pertama ditanya pada sekalian jemaah adalah: "Bagaimana tahun ini, kita buat baraan tak?"
Soalan yang sudah pasti dijawab: "Ya" oleh para jemaah surau Tali Air 10, Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor. Mana mungkin tradisi turun temurun yang diamalkan sekian lama oleh masyarakat Islam berketurunan Melayu Jawa itu dilupakan. Biarpun generasi bersilih ganti, tradisi baraan di Aidilfitri telah dilestarikan sejak sekian lama.
Dahulu, biasanya baraan dibuat sehingga empat sesi iaitu hari pertama raya adalah baraan golongan dewasa termasuk warga emas lelaki, kemudian diikuti pada hari berikutnya anak-anak muda lelaki, kaum ibu dan seterus kumpulan gadis-gadis pingitan di kampung. Namun perubahan zaman berlaku, generasi lama sudah tiada dan anak-anak muda ramai sudah berumah tangga dan berhijrah ke luar. Kini tinggal hanya dua sesi baraan - kaum lelaki dan kaum ibu sahaja!
"Esok pukul 9 pagi, kita mulakan baraan dengan semua ahli jamaah berkumpul di surau," demikian keputusan sepakat bagi menjayakan baraan tahun ini.
Kebetulan tahun ini giliran penulis berhari raya di kampung halaman di Tali Air 10. Jadi peluang mengikut baraan pada tahun ini tidak dilepaskan dan menyempurnakannya dari awal sehingga akhir. Apatah lagi teringat pada khutbah Aidilfitri sebelum itu, khatib berkali-kali berpesan kepada para jemaah tentang betapa penting lebaran diisi dengan program ziarah menziarahi, kunjung mengunjung dan saling bermaaf-maafan di antara sanak saudara dan jiran tetangga. Silaturahim perlu diperkukuhkan meskipun dengan orang yang telah memutuskan tali persaudaraan dengan kita, tegas khatib.
Justeru, ia sejajar dengan semangat silaturahim yang dibawa dalam tradisi baraan - budaya kunjung mengunjungi secara berkumpulan di pagi Aidilfitri yang diwarisi sejak sekian lama oleh masyarakat Jawa. Mungkin dalam suasana yang berbeza mengikut keadaan setempat sama ada di Selangor, Johor atau di sebelah Perak, baraan ternyata benar-benar meriahkan suasana Aidilfitri. Seawal pukul 9 pagi keesokannya, hampir 60 ahli jemaah siap berkumpul di pekarangan surau. Kanak-kanak, anak-anak muda dan generasi warga emas yang masih kuat kudratnya tidak ketinggalan mahu menjayakan baraan di lebaran ini. Masing-masing lengkap berbaju Melayu, bersongkok dan berketayap dalam suasana penuh berwarna-warni.
Penulis turut membawa anak lelaki, Nur Ali Irfan, 9 agar dia mengenali tradisi mulia baraan ini sejak di peringkat rebung lagi.
"Nak duit raya tak? Jom, ikut abah pergi baraan," kata penulis. Bagi memudahkan perjalanan menghabiskan 'penjelajahan' dari satu kampung dalam baraan, motosikal menjadi pilihan. Deruman enjin motosikal meskipun membingitkan telinga di samping dentuman mercun bola saling berbalas (sudah pasti agak merbahaya jika tidak berhati-hati) bagaikan mengiringi pergerakan rombongan.
Menggeleng-geleng kepala pakcik-pakcik malah ada yang melatah terkejut dek dentuman mercun tetapi semua itu tidak mengapa. Ini lebaran, biarkan sahaja anak-anak muda itu bergembira. Destinasi pertama rumah tuan imam kampung, Basri Abdul Karim yang kami tuju. Kalau tidak kerana baraan mungkin penulis sendiri tidak berkesempatan menziarahi rumah pak ustaz yang lemah lembut tutur bahasanya itu. Dia tersenyum ramah menyambut salam yang saya hulurkan.
Di rumahnya, tuan imam sempat menitipkan pesan-pesan tentang kepentingan ziarah menziarahi. Sesudah itu, anggota baraan bergerak dari satu rumah ke satu rumah. Kebiasaannya setiap wakil tuan rumah akan turut serta dalam rombongan. Itu 'syarat wajib' atau sebenarnya sikap tanggungjawab dan tanda sepakat jika mahu rombongan baraan singgah ke rumah. Tiba di rumah tetangga, tersenyum tuan rumah menyambut anggota-anggota baraan dengan hati penuh gembira (walau begitu ramai, tidak terhitung jari).
Salam Aidilfitri...
Idea baraan dari rumah ke rumah memang fantastic...spirit yang susah kita nak jumpa terutama di kawasan bandar...sokong sangat ia dilaksanakan di Seri Nuang...
ya, inilah semangat dan usaha yang kita teruskan di bandar. Orang yang dok kat Bandar ada yang mahu meneruskan idea seumpam ini adalah sangat digalakkan demi silaturrahim sesama manusia.
so,
15 sept - 227, 226, 225, 2214
16 sept - 216, 2211, 2512, 2511, 2110
17 sept - 2416 ( jam 2.00pm)
24 sept - 246, 249 (jam 3.00 petang)
walaupon ada yang sokong, tapi kami maseh menantikan penglibatan rakan-rakan lain dalam usaha baraan ini.
Catat Ulasan