Khamis, Ogos 25, 2011

Terima kasih Imam Tahfiz

Malam ini merupakan malam terakhir bagi kedua-dua Imam Tahfiz jemputan bagi solat Terawih di Seri Nuang. Kedua-dua mereka, Hamzah dan Farhan merupakan pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Hidayatul Muttaqin di Bukit Bandaraya, Seksyen U11. Seri Nuang juga telah dikunjungi oleh ADUN Kota Anggerik / EXCO Negeri Selangor, Dr Haji Yaakob Sapari bersama dengan Pengerusi MPP Zon 4, Tuan Haji Ismahali Ridzwan yang sama-sama bersolat terawih dengan jemaah sekalian.

Pihak AJK mengucapkan ribuan penghargaan kepada Imam Tahfiz dan semoga selamat maju jaya di dalam pengajian seterusnya.

3 ulasan:

anuar zain berkata...

alhamdulillah karna imam tahfiz telah sudi berada di seri nuang bermula 31 julai - 25 ogos...

Tanpa Nama berkata...

Anak muda yang punya potensi untuk menjadi imam atau tokoh agama disegani suatu masa nanti. Malam ni solat terawih di surau ada lagi ke?

Tiger 90-94 berkata...

malam ni kita akan teruskan sembahyang Taraweh sehingga hari Ahad nanti...

Malam ni pon dah org akan balek..
pagi sabtu ada org balek, ahad pon dah start org keluaq dari seri nuang..

cuma malam nie kita teruskan dengan ayat lazim la...