Ahad, Jun 12, 2011

Blog Kreatif

Laman sosial seperti Facebook, MySpace, Twitter, Friendster dan Flickr telah mendominasi dunia maya pada masa kini. Selain daripada itu, penulisan blog menerusi blogspot, wordpress dan domain individu juga telah menjadi fenomena terkini pengguna internet mendapatkan info ekonomi, politik, sosial, hiburan, pendidikan dan sebagainya.

Blog ialah sebuah laman web yang mana kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik. Blog merupakan satu platform bagi seseorang menyampaikan kisah peribadi, berkongsi infomasi terkini dan sebagainya. Blog juga berupaya mempengaruhi kalangan pengikutnya untuk bersama-sama berkongsi pendapat dan berbahas dalam sebarang isu.Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya.

Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri utama blog. Blog mempunyai pelbagai kategori seperti blog teks, blog foto, blog video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting); dan merupakan sebahagian daripada rangkaian media sosial.

Aktiviti blogging telah menjadi trend masakini khususnya kepada golongan professional, pelajar, pemimpin dan sebagainya. Satu aspek yang pasti mereka merupakan golongan pengikut dunia maya yang celik IT.

Tiada ulasan: