Isnin, Mac 14, 2011

Ribut kuat

Seksyen U11, Isnin - Siang tadi, Seri Nuang mengalami satu insiden ribut menumbangkan satu lot bumbung untuk parking kereta di sebelah tempat pengumpulan sampah di bahagian depan. Sebuah kereta Proton Iswara bewarna hijau yang terkena bumbung tersebut dapat dialihkan oleh penduduk yang ada di rumah ketika insiden itu berlaku. Mujurlah kereta lain keluar bekerja. Ini semua kejadian Tuhan yang kita tak dapat elakkan, cuma kita memohon kepadaNya untuk keselamatan kita semua.

Angin kuat juga menerbangkan daun-daun sehingga ke tingkat 3. Kejadian angin kuat ini adalah berikutan faktor geografi kawasan ini yang berbukit dan berada di kawasan yang rendah dan dikelilingi kawasan hijau yang menjadi kawasan tadahan ayer.

Pihak pengurus fasiliti harus mengambil tindakan untuk membaiki kerosakan yang berlaku itu.

3 ulasan:

jejaka berkata...

apo nk d kate,,

jimi hendrix berkata...

ini semua kejadian Tuhan. dan sebagai petanda, bahwa untuk menunjukkan sama ada rumah ini dibuat secara elok atau tak elok..

pikir-pikir lah

Tanpa Nama berkata...

bila nak siap keja buat bumbung parking yg tumbang ari tuh???/lembab gak conso carta nih..kalo nak duit laju jer keta tak bleh masuk parking dlm.