Isnin, Ogos 30, 2010

Program bersama YB MP dan Qiyamullail

Khamis, Ogos 26, 2010

Semarak 2010

Selasa, Ogos 24, 2010

Bersama YB dan MPP pada 13 Ramadhan












Malam semalam surau telah dikunjungi oleh YB Dr Haji Yaakob Sapari, ADUN Kota Anggerik dan juga Tuan Haji Mohd Ismahali Ridzwan Ismail, Pengerusi MPP Zon 4 (Sek. 8 dan Sek. U11). Mereka berdua telah melapangkan masa bersama kabilah Seri Nuang menunaikan sembahyang Isyak dan Taraweh. Terima kaseh kami ucapkan kepada tuan haji berdua karna sudi bersama kami semua.

Dr Haji Yaakob Sapari yang berbaju melayu merah jambu, manakala Haji Mohd Ismahali yang berkaca mata.

Isnin, Ogos 23, 2010

Salam Takziah

Shah Alam, 23 Ogos:

Inalillahiwainalillahirojiun..

Salam takziah diuchapkan kepada Che'gu Shazli (1-2-9): 012-250 7932 yang mana adik lelaki beliau yang menghidap penyakit kanser telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kira-kira jam 11.35 pagi. Allahyarham telah menghidapi penyakit tersebut semasa pengajian beliau di Jerman lagi dan telah diminta oleh ibu bapa beliau untuk dibawa balik ke Malaysia.

Dengan takdir Ilahi, Allahyarham telah pergi meninggalkan keluarga beliau pada 13 Ramadhan 1431 dan akan dikebumikan di kampung halaman beliau di Kangar, Perlis Indera Kayangan. Kami pihak Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Nuang dan Surau Al-IKhwan mengucapkan Takziah kepada Che'gu Shazli atas pemergian adik beliau. Semoga Allah merahmati roh dan mengampunkan segala dosa Allahyarham. Al-Fatihah.

Ahad, Ogos 22, 2010

ADUN Kota Anggerik di Seri Nuang

Makluman kepada semua ahli kabilah Seri Nuang.

Pada malam esok, ADUN Kota Anggerik, YB Dr. Haji Yaakob Sapari akan bersama-sama semua penduduk Seri Nuang menunaikan sembahyang Isyak dan Teraweh berjemaah. Kepada semua ahli kabilah, diminta kerjasama untuk turun beramai-ramai.

Khamis, Ogos 19, 2010

Buka Puasa Seri Nuang


Rabu, Ogos 18, 2010

Frienz of Shah Alam

Rabu, Ogos 11, 2010

Selasa, Ogos 10, 2010

Ahlan Ya Ramadhan



Seperti tahun lepas, pada tahun ini sekali lagi Surau Al-Ikhwan akan mengadakan aktiviti pada bulan Ramadhan ini seperti:

1. Solat Isyak dan taraweh berjamaah (Dipimpin oleh Imam Tahfiz)
2. Tadarus Al-Quran
3. Moreh
4. Qiyamullail
5. Berbuka puasa beramai-ramai

Mari ramai-ramai join program kat surau...

Ahad, Ogos 08, 2010

Sewa Meja dan Kursi

Kepada semua rakan-rakan Seri Nuang sekalian,

kemudahan sewa meja dan kerusi ada disediakan di pangsapuri kita.
Kepada sesiapa yang ingin adakan majlis hari jadi, tahli arwah atau
open house Raya, maka diperlukan untuk sewa kerusi bagi tetamu yang hader.

Jangan susah-susah cari tempat lain, di Seri Nuang ada sediakan kemudahan tersebut.

Untuk kemudahan tersebut, kita cuma kenakan very-very minimal cost iaitu:

Kerusi - RM 1.00 seunit
Meja - RM 2.00 seunit.

Segala hasil sumbangan ini akan dimasukkan ke dalam akaun surau.
Tawaran ini hanya untuk ahli Seri Nuang saja manakala hanya terhad untuk aktiviti
dalam kawasan Pangsapuri Seri Nuang sahaja.

Nak sewa? sila contact Saudara Taib (2-4-9) at 012-698 8585

Ahad, Ogos 01, 2010

Program 8 Ogos 2010