Isnin, Ogos 23, 2010

Salam Takziah

Shah Alam, 23 Ogos:

Inalillahiwainalillahirojiun..

Salam takziah diuchapkan kepada Che'gu Shazli (1-2-9): 012-250 7932 yang mana adik lelaki beliau yang menghidap penyakit kanser telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kira-kira jam 11.35 pagi. Allahyarham telah menghidapi penyakit tersebut semasa pengajian beliau di Jerman lagi dan telah diminta oleh ibu bapa beliau untuk dibawa balik ke Malaysia.

Dengan takdir Ilahi, Allahyarham telah pergi meninggalkan keluarga beliau pada 13 Ramadhan 1431 dan akan dikebumikan di kampung halaman beliau di Kangar, Perlis Indera Kayangan. Kami pihak Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Nuang dan Surau Al-IKhwan mengucapkan Takziah kepada Che'gu Shazli atas pemergian adik beliau. Semoga Allah merahmati roh dan mengampunkan segala dosa Allahyarham. Al-Fatihah.

2 ulasan:

mawas rimba berkata...

salam takziah untuk che'gu shazli..

harap bersabar dengan ketentuan Tuhan itu.

kucing putih berkata...

rasanya nama adik chegu tu adalah mohamad faiz taufik...