Selasa, Disember 14, 2010

Tubuh JMB atasi masalah

AMPANG JAYA: Pangsapuri yang masih belum menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) perlu berbuat demikian bagi memastikan masalah penduduk dapat diselesaikan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk T Murugiah berkata, JMB penting sebagai orang tengah dalam menyalurkan maklumat atau masalah penduduk kepada pengurusan. Katanya, JMB penting ditubuhkan di pangsapuri untuk menyediakan mekanisme bagi pemaju dan pemilik bersama-sama bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelenggara pangsapuri, manakala Pesuruhjaya Bangunan (COB) sebagai pemantau. “Namun, sebaliknya berlaku apabila masih terdapat pangsapuri belum menubuhkan JMB manakala COB yang ada pula tidak tahu apa yang berlaku,” katanya dalam sidang media selepas melawat Pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, semalam.

Murugiah berkata, jika JMB diwujudkan, ia dapat memantau masalah penduduk termasuk memastikan kutipan yuran penyelenggaraan dilaksanakan dengan baik.

Sumber: Harian Metro | 14 Dis 2010


Keratan akhbar dari MPAJ

Tiada ulasan: