Jumaat, Oktober 22, 2010

Salam Takziah

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Nandre (2-2-5) di atas pemergian bapa mertuanya pada 20 Oktober 2010 yang lalu. Bapa mertua beliau telah meninggal dunia jam 2235 di Hospital Tg. Karang. Jenazah telah dibawa balik ke rumahnya di Tali Air 6, Sungai Leman, Sekinchan untuk dimandikan dan dikafankan. Seterusnya, jenazah telah disembahyangkan di Masjid Nurul Alaniah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg. Leman, Parit Tujuh, Sekinchan kira-kira jam 1100. Arwah meninggal dalam usia 70 tahun disebabkan oleh jangkitan kuman dalam usus.

Al-Fatihah.

1 ulasan:

musa exists berkata...

bulan oktober merupakan satu ujian besaq berlaku kat family Nandre. teroskan hidup macam biasa, semua tu perjalanan yang wajib kita tempuhi. orang lain plak kita tak tau bila.

kita yang hidup ni, sentiasalah beringat sebelum ianya berlaku.