Ahad, September 05, 2010

YB Haji Khalid Samad di Seri Nuang















































Pada 4 Sept 2010, Seri Nuang telah menerima kunjungan dari Ahli Parlimen Shah Alam, YB Haji Khalid Samad serta beberapa pengiring beliau. Beliau telah sampai semasa sembahyang Taraweh. Pada sesi tersebut, beliau telah menyampaikan amanat kepada penduduk Shah Alam mengenai amalan-amalan yang sepatutnya dibuat semasa Ramadhan. Dalam sesi tersebut juga, beliau telah sudi menyampaikan cenderahati kepada dua orang Imam Tahfiz iaitu Saudara Zaid dan Saudara Hamzah. Kedua-dua Imam Tahfiz ini merupakan pelajar Maahad Tahfiz Shah Alam yang mempunyai cawangan di Bukit Bandaraya Shah Alam. Kami pihak Seri Nuang mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengimamkan sembahyang Taraweh selama sebulan.

2 ulasan:

Seri Nuang Shah Alam berkata...

kepada YB, terima kaseh diucapkan...

kepada imam tahfiz, selamat berjaya dan terima kaseh

Tanpa Nama berkata...

Kepada semua AJK Surau marilah kite semua berganding bahu mengimarahkan surau dan mengembangkan syiar islam di pangsapuri seri nuang.Ini seterusnya dapat menjadi pemangkin kepada penduduk2 di seri nuang utk bersama2 ngan Ajk surau memenuhi ruang surau dalam kite berjamaah,berceramah agama dan lain2.

TAKBIR.....