Selasa, Jun 22, 2010

Update: Tempat Recycle

Pihak Pengurusan Fasiliti, Conso Carta telah dikunjungi oleh pihak Jabatan Kesihatan untuk memeriksa kawasan yang disyaki tempat pembiakan nyamuk aedes. Oleh itu, pengurus Conso Carta, En. Zunnasri Baharuddin telah memanjangkan mesej tersebut kepada Tuan Zaini Hassan untuk memastikan tempat pengumpulan barang-barang recycle dikemaskini dan disusun secara elok dan memastikan bahawa tidak ada sisa buangan yang terkandung dalam barang-barang tersebut.

Oleh itu, Usaha ini diharap dapat dilaksanakan sebelum 23 Jun 2010 iaitu pada hari Rabu.

Tuan Pengerusi meminta Kerjasama semua pihak AJK Persatuan Penduduk agar bersama-sama melaksanakan tindakan ini.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syeikh Zunnasri pon dah bagi peringatan supaya kita setelkan benda-benda tu dulu...

ini untuk kebaikan kita dan keluarga kita...

sebab rumah kita betul-betul dalam Taman Astakona dan alam sekitar yang indah belaka

kawan nyamuk berkata...

wah naya ni, tempat recycle dah jadi tempat habitat nyamok la plak...

api dalam sekam berkata...

rilek beb, benda buleh setel dengan elok ni, yang penting kita buat ja apa yang disarankan oleh mereka dan keluarga mereka.