Sabtu, Mei 01, 2021

Surau Al-Ikhwan - secara ringkas

Surau Al-Ikhwan adalah surau yang dibina oleh pihak pemaju bangunan. Surau ini telah didaftarkan dengan JAIS pada 23 Jun 2009 dengan nombor pendaftaran: JAI.SEL.BPM/01/032/379. AJK surau juga telah dilantik untuk menggerakkan aktiviti surau. Pihak surau juga telah mengadakan beberapa program bermula dari tahun 2008. Antara program yang telah dijalankan:

1. Sembahyang Tarawih 2008-2021
2. Kuliah agama
3. Qiyamullail
4. Halaqah
5. Kelas agama kanak-kanak
6. Ziarah YassinWanita
7. Majlis berkaitan dengan tarikh-tarikh Islam
8. Iftar Jamaie
9. Ihtifal Maulidur Rasul, Israq Mikraj
10. Solat waktu berjemaah
11. Menghadiri kursus jenazah anjuran JAIS (2010)
12. Klinik Al-Quran
13. Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa selamat
14. Majlis Aidil Fitri 2008-2017
15. Mengadakan kelas Fun Learning English pada 2016
16. Perpustakaan Mini Seri Nuang semenjak 2014

Pihak surau juga telah menerima sumbangan berupa PA System dan carpet dari Lembaga Zakat Selangor pada tahun 2008. Surau juga telah membuat rancangan untuk mengadakan beberapa lagi program bermula, antaranya:

1. Kuliah bulanan
2. Yassin jemaah setiap minggu
3. Tadarus Al-Quran dalam bulan Ramadhan
4. Sesi Perkongsian ilmu bersama ustaz jemputan

Surau Al-Ikhwan mempunyai keluasan 1,434 kaki persegi dan ianya didirikan dalam kawasan Pangsapuri Seri Nuang dengan nombor lot PT 4730 (Rujuk Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan MBSA, No. CF: 01225, tarikh 5 Mei 2008). 

Pada awal tahun 2021, pihak surau telah membuat penambahan ruang sembahyang di bahagian luar iaitu dengan membina bumbung dan laluan pejalan kaki. Ruang tersebut adalah lebih kurang 1,200 kaki persegi (Rujuk: sini

5 ulasan:

penyokong itali berkata...

marilah sama-sama kita menyumbang kepada surau kita dengan apa cara sekalipon

pohon rimbun berkata...

Kita semua perlu berganding bahu dan perbanyakkan sedekah amal jariah demi keutuhan ukhwah sejagat.Oleh yang demikian marilah kite bersama-sama bersedekah wang ringgit @ tenaga utk memastikan segala program surau di tempat kita dapat berjalan dengan lancar.
Saya menyokong saranan daripada AJK tugas2 khas yg mengesyorkan sumbangan 1 rumah 1 kerusi dan 1 tingkat 1 meja dilaksanakan segera sblm bermula bulan ramadhan.Bagi memastikan kerusi dan meja dibeli dengan warna dan saiz yg sama saya mencadangkan agar kita semua penduduk memberi sumbangan wang tunai RM20 setiap rumah dan segala pembelian akan diuruskan oleh Ajk surau sendiri.
Percaya lah setiap wang ringgit yang dibelanjakan ke jalan Allah,pasti akan diberikan ganjaran oleh Allah.
TAKBIR

mat tapai berkata...

ya, marilah kita sama-sama bersedekah kepada surau karana apa yang disedekahkan itu banyak manfaatnya.. selagi mana org menggunakan benda yang kita bagi tu, maknanya selagi itulah pahala akan diperolehi.

Seri Nuang Shah Alam berkata...

Terima kaseh atas cadangan yang diberikan.Sesungguhnya semua pemberian dan amal jariah akan pasti dibals jasanya oleh Allah swt.

Admin Blog

Al Yamani berkata...

Sumbangan dan sedeqah kepada pembangunan Surau akan menjadi saksi di Akhirat nanti