Isnin, Mei 10, 2010

Perasmian Hari Keluarga
































Perasmian Hari Keluarga Seri Nuang 2010 telah disempurnakan oleh wakil Ahli Parlimen Shah Alam iaitu Tuan Haji Azli b. Yusof yang merupakan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 1, Majlis Bandaraya Shah Alam dan telah disaksikan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Nuang, En. Zaini Hassan dan Pengerusi Hari Keluarga Seri Nuang 2010, En. Mohd. Fadzli Baharudin.

13 ulasan:

tanaro berkata...

Saya amat menyokong usaha2 murni rakan2 serinuang yang sanggup bertungkus lumus menjayakan program Hari Keluarga Seri Nuang 2010.Aktiviti sebegini perlu diteruskan dan dilipat gandakan demi perpaduan,permuafakatan dan kasih sayang sesama insan dapat terus dikekalkan.

JIRAN MUAFAKAT membaWA BeRKat.

Seri Nuang Shah Alam berkata...

inilah berkat membawa muafakat sesama kita semua. elok diteruskan program macam nie selalu dan kita dapat kenal antara satu sama lain.

Seri Nuang Shah Alam berkata...

terima kaseh kepada semua kawan-kawan yang telah banyak membantu dan kepada yang telah menyumbang, ini kami doakan supaya Tuhan murahkan rezki masing-masing serta selamat sejahtera selalu.

kepada Tuan AZli b Yusof, kehadirannya amat bermakna dan kita dah dapat mengenali beliau sebagai org penting dalam pengurusan

pentadbir blog berkata...

Jangan lupa meeting post mortem untuk semua AJK pada hari Jumaat jam 9.00 malam di Wakaf Demokrasi

Tanpa Nama berkata...

ajk seri nuang memang mantap... terbaikkk...!!! tapi apa kata utk next year, semua game dikelolakan oleh fasilitator yg b'pengalaman supaya sedikit kelemahan pd hari keluarga aritue diperbaiki... ape pun, kwn2 semua memang BEST...!!! Sporting bapak2 semua...

Fabmummy berkata...

firstly Tahniah kepada semua AJK kerana bertungkus lumus merealisasikan Hari Keluarga.Saya percaya post mortem nnt byk perkara yang boleh dibincangkan.Here are few comments dari patik pacar yang hina ;)

Acara perasmian dan lain2
1. Simple tapi menarik.Acara pelepasan daripada SN juga nampak gempak.Goodies bag full.
2. Time management i think tak perlu terlalu panjang sampai abes hampir pukul 6 cuma kena ada acara sambil2 like sambil makan kita buat cabutan bertuah then boleh jimat masa.

Acara Sukaneka
1. For budak-budak saya fikir dah okey tapi since kita ada booked swimming pool there should be acara kat kolam.lebih fun sebab kids kan suka air.bapak budak punya aktiviti pon boleh buat kat air.diorang slalu lebih over dari anak2.

Acara makan-makan
1. For bfast dah sedap and for lunch saya rasa tak yah terlalu strict nak follow tentative.Lunch kalau served awal pon xper,bila ada anak most mak nak handle anak makan la so sambil2 buat aktiviti lain mak dah boleh bagi anak makan.

Logistik
1.thanks kat mereka yang sudi bagi tumpang kat kami nak masuk ke dalam.

Overall mmg best.kurang sana sini it's normal tapi next time boleh improve ;) acara ni boleh dijadikan annual activity,planning and budget kena buat awal2 so that kita semua tak kelam kabut sampai kena tido pukul 3am.
Last but not least TAHNIAH to all ajk!Looking forward Majlis Buka Puasa & Jamuan Hari Raya.ker ada acara lain lagik?

sultan idris murshidul azam shah berkata...

ya hati kering, fabmummy, tanpa nama:

ini adalah kesepakatan antara satu sama lain, seperti kata tuan zaini, Tuhan telah menemukan kita semua yang mempunyai bakat dan skill masing-masing yang buleh digunapakai kat seri nuang nie.

itulah hikmah kita semua bersatu padu dan kenal-mengenali antara satu sama lain. bukan senang kita nak gather semua org nie.. cabaran semua nie.

tapi alhamdulillah, semua telah menunjukkan kerjasama masing-masing. semua org leteh, semua org ilang tenaga, semua org masing-masing kederat dah tadak..

tapi, inilah sebagai satu PERMULAAN untuk xpdc yang seterusnya.

selalunya yang mula pasti akan ada kesilapan dan kekurangan, tapi dari situ kita akan kaji balek dan cuba perbaiki sebaik mungken.

makaseh atas cadangan dan komen yang membina semua nie.

marilah sama-sama join program yang Seri Nuang buat.

- Sultan Idris Murshidul Azam Shah (Almarhum)

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih di atas pandangan dan pujian rakan2 semua.Insyaallah di masa akan datang kami akan memperbaiki segala yang kurang.

Kami juga berharap lebih ramai rakan2 seri nuang akan turut bersama dengan kami pada Hari Keluarga akan datang.

Untuk makluman semua rakan2 Seri Nuang pihak AJK persatuan sedang merancang konvoi keluarga ke HOT SPRING,Sg Klah sungkai PERAk pada DISEMBER 2010.

Sesiapa yang berminat sila hubungi AJK anda dengan segera untuk memudahkan urusan penginapan,makanan dan akviti luaran semasa berada di sana...

JOM JOIN kami....

Tanpa Nama berkata...

Tahniah buat semua yang terlibat...team spirit yang ditunjukkan memang mantap dan perlu diteruskan.....
Dengan cara ini kita dapat kenal antara satu sama lain....

Keep it up...

metallica unforgiven berkata...

ni semua byk komen tanpa nama nape...adakah anda org yang sama...komen sendiri dan ulas sendiri...Allah jadikan anda dan dilahirkan untuk menetap di sri nuang...AJK memang berkelibar...Abg Zaini n wife, Adnan n wife,Taib n wife,
Fairuz n wife,Ustaz n wife,Zul n wife serta semua yang terlibat dalam menjayakan Family day ni...Walaupun Taib tiada rakan duet dia Cikgu Shazli ,yang tidak dpt hadir atas sebab2 yang tak boleh dielakkan namun begitu Taib dpt menghiburkan dgn telatah beliau..Tanhiah pd Abg Fauzi yang berjaya mengetengahkan bakat anda sebagai penyanyi dan juara sehati berdansa...

TriZiii berkata...

> Nantikan tayangan Perdana video Family Day Seri Nuang!!!!!!

Nandre The Legend berkata...

ya, itulah yang kami nantikan ...

apa kata kita buat pada 23 mei ni, jam 9.00 pm? screen kita guna kain puteh dan berlapik dengan kain itam kat belakangnya...

wayang pacak satu...

Jiran Sebelah berkata...

Tahniah kpd warga Sri Nuang! Acara tsbt mmg sukar utk dijayakan tanpa kesepakatan yg jitu. Moga ia menjadi cabaran kpd mereka yg mengagungkan individualisme.