Konsep ‘satu rumah satu perpustakaan’ perlu diwujudkan semula bagi memupuk minat dan budaya membaca di kalangan rakyat negara ini.
Pensyarah Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Megat al-Imran Yassin berkata, rumah merupakan institusi terawal dan terpenting bagi seseorang individu mengenali buku sebelum melangkah ke sekolah, perpustakaan atau tempat lain selepas itu. Sehubungan itu katanya, ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan konsep ‘satu rumah satu perpustakaan’ benar-benar berkesan.
“Kalau ibu bapa boleh membelikan barangan yang mahal setiap tahun pada majlis hari lahir anak mereka, mengapa tidak mampu untuk membeli buku sebagai hadiah. Buku boleh dijadikan koleksi dan seterusnya mewujudkan perpustakaan mini di rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
“Mewujudkan kafeteria dalam perpustakaan juga satu langkah yang baik untuk menarik minat orang mengunjungi perpustakaan,” katanya.
Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu berkata, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar, amalan membaca dapat menajam dan membentuk ‘kuasa pemikiran’ di kalangan para pembacanya. Sehubungan itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar menanam minat membaca dan menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya,” katanya.
13 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan