Selasa, September 08, 2009

Slot mengenai Fidyah

Satu slot ilmu akan diadakan di Seri Nuang. Tajuk yang dibawa adalah "Fidyah: Kaedah & Pengiraan". Tarikh yang dipilih ialah pada 8 September 2009 (Selasa).

Slot ini akan disampaikan oleh Ustaz Mohd Faryzan bin Subkhi (780916-11-5319), Nazir Masjid At-Taqwa, Kapar, Klang, Selangor dan juga merupakan Ketua Unit Dakwah Umum, Lembaga Zakat Selangor. Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin) dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Program ini akan diadakan selepas sembahyang Isyak dan sebelum memulakan sembahyang Tarawikh. Ustaz juga akan mengimamkan sembahyang Tarawikh pada malam itu.

Untuk melayari blog Ustaz Faryzan, sila klik di sini ---> http://abuizhar.blogspot.com. Beliau juga boleh dihubungi melalui email: faryzan@e-zakat.com.my atau talian telefon: 03-5522 7700 / 03-3392 5764 / 012-378 8175

2 ulasan:

Nandre The Legend berkata...

selamat mendengar tazkirah.. semoga mendapat manfaat daripada apa yang disampaikan..

tanaro249 berkata...

tazkirah yang disampaikan oleh ustaz pada malam itu dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai "fidyah" secara khusus.
terima kasih byk2 kepada penganjur.