Ahad, Julai 12, 2009

BBQ Keluarga Seri Nuang & Israk Mikraj 2009

BBQ Keluarga Seri Nuang & Israk Mikraj 2009 bakal diadakan pada:

Tarikh: 19 Julai 2009 (Ahad)
Masa: 12.30 tengah hari
Tempat: Dataran Seri Nuang bersebelahan surau

Aturcara Program:

Siang

10.00 pagi - Mesyuarat Agung Jawatankuasa Penduduk dan
penduduk Seri Nuang

11.00 pagi - Aktiviti BBQ secara gotong-royong

12.30 t/hari - Makan tengah hari


Malam


7.30 mlm - Sembahyang Maghrib berjemaah

7.50 mlm - Ceramah Israk dan Mikraj oleh penceramah jemputan

8.45 mlm - Sembahyang Isyak berjemaah

9.00 mlm - Tahlil ringkas serta doa selamat

9.20 mlm - Jamuan ringan

Sumbangan berupa wang ringgit amatlah dialu-alukan yang mana boleh disampaikan
kepada Bendahari, En Taib A. Samat (2-4-9), Tel: 012-698 8585 sebelum 18 Julai 2009

8 ulasan:

musa sintok berkata...

marilah join ramai... kawan-kawan semua. ambillah peluang ini.

org utara berkata...

takpa lah, yang penting kita hepi masa nak gotong-royong tu nanti. peace

Seri Nuang Shah Alam berkata...

ya, itulah dinamakan muafakat membawa berkat.. kita nie manusia yang bersatu-padu menentang musoh di sekeliling.

Seri Nuang Shah Alam berkata...

sapa2 yang ingin menyumbang untuk menjayakan lagi program nie, silalah sumbangkan wang anda (takda jumlah yang tetap) kepada Bendahari, Saudara Taib A. Samat.

program ini diharapkan dapat menemukan sesama kita dan dapat kenal-mengenali antara satu sama lain.

Pernah jadi satu kes kat Puncak Alam, di mana Hamba Allah nie selalu pi surau, tapi tak pernah bersembang dan bertegur-sapa, sehinggakan satu hari anaknya meninggal dunia, isterinya terpaksa meminta bantuan dari tempat kerjanya untuk menguruskan jenazah anaknya itu yang disebabkan tidak kenal penduduk di kawasan rumah dia...

jadikan kesah ini sebagai ikhtibar buat kita semua. Jangan bila dah jadi macham nie barulah nak mintak tolong kat jiran-jiran.

Seri Nuang Shah Alam berkata...

itulah gunanya jira-jiran di sekeliling kita. Kita tak buleh nak buat hal kita sendiri ja...

kalau masa senang takpa la.. kalau dah tiba satu masa yang memerlukan org lain, masa tu lah baru kita nak menghargai jiran kita.

Contoh:

Kes Generator TNB meletup pada bulan posa tahun lepas, semua kelam-kabut. Kalau takda org yang kenal dengan org yang bertanggungjawab, agak-agak berapa lama kita nak bergelap pada malam tu?

Amran omar berkata...

Ini program yang bagus dan menarik ni.

orang baru berkata...

salam smer..sy salah seorg yg x dpt hadir pada mjlis gotong royong hari ni. kbetulan plak,weekend ni kami brdua bkerja.harap dpt dimaafkan. kami dh brjumpe dgn saudara taib dan terangkn ketidakhadiran kami memeriahkn mjlis ni. igtkn mlm ni sempt la bejemaah bersama2 tp skrg ni still stuck kt opis lg. smoga mjlis brjln dgn lncar...InsyaAllah. =)

seri nuang tiger berkata...

sapa nama saudara ni? cherita lah sikit...