Isnin, September 22, 2008

Surau Al-Ikhwan terima PA System


Pada hari Ahad (21 Sept 2008) yang lepas, Surau Al-Ikhwan telah menerima peralatan PA untuk kegunaan azan dan lain2 pengumuman di kawasan Seri Nuang ini. Pihak Jawatankuasa Penduduk dan Surau ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada PUSAT ZAKAT SELANGOR karna kesudian menyumbangkan peralatan tersebut untuk kegunaan warga Seri Nuang. Sesungguhnya sumbangan ini amat berharga dan penting untuk mengimarahkan surau yang muda ini. Alhamdulillah.

2 ulasan:

Nandre The Legend berkata...

alhamdulillah, ini semua hasil usaha semua kawan-kawan dari jawatankuasa surau dan penduduk serta insan2 yang telah membantu menunjukkan jalan untuk mendapatkan peralatan tersebut.

begitulah adanya.

surau kita semakin hari semakin berseri dan hidup dengan adanya kemudahan yang telah diperolehi.
Dengan adanya kemudahan ini, bulehlah kita membuat kerja2 ibadat dengan selesa dan juga dapat mengwar-warkan apa2 pengumuman kepada warga seri nuang.

jadikanlah surau kita tempat bertemu antara jiran-jiran kita. kalau kita nak harap jumpa kat area rumah, memang susah sebab masing2 bekerja.

marilah kita ramaikan jamaah supaya dapat kenal antara satu sama lain dengan lebeh erat lagi.

Nandre The Legend berkata...

Dengan adanya sistem pembesar suara, maka bergemalah laungan azan yang menyeru orang ramai supaya menunaikan ibadat sembahyang 5 waktu. Ini adalah satu sumbangan yang tak ternilai harganya.

Tanggungjawab kita untuk menghidupkan sesebuah surau jika telah didirikan.