Selasa, Disember 31, 2019

Perutusan tahun 2020 oleh Admin Komuniti Seri Nuang

PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2020

Admin
Komuniti Seri Nuang

Assalam Komuniti Seri Nuang,
Sebaik-baik manusia itu dia bermanfaat kepada manusia yang lain.Tujuan grup ini diadakan adalah untuk kita wujudkan satu keluarga besar di Seri Nuang, jadi:

“Idea, sangat diterima, sindiran, tidak ada tempat”

Kepada yang “ahli” (champion) dalam sesuatu perkara, mohonlah menyumbang sesuatu pada kampung kita. Jangan sekadar membaling batu ke dalam kolam, air gemercik dengan sia-sia

Surau Al Ikhwan (SAI)
merupakan wadah pertemuan Kita dan boleh menempatkan lebih dari 100 orang setiap masa, yg kita selalu nampak Satu saf shj, sedangkan ada lebih 240 pintu di Seri Nuang.Tapi SAI maklum bahawa di usia ini kita semua masih mengejar kerjaya. Kalau Allah izin dijemput datang bagai beraya, tiada masalah juga untuk hantar "askar" datang bersolat, semoga menjadi bakal mukmin dan muslimah yang tegap

Joint Management Body (JMB)
Yang hadir AGM tempohari pun tak sampai 30 orang, tetapi ada di antara mereka yang merasa bertanggung jawab, maka mengambil langkah untuk membentuk JMB yang baru, bertindak untuk membantu Seri Nuang. Mereka ini adalah penduduk macam kita juga, berkerja dan pada masa yang sama, mengambil berat maslahah Seri Nuang. Berikan kata-kata motivasi pada penduduk yang menjadi AJK SAI dan JMB. Mereka tidak memerlukannya, tetapi amat menghargainya.  Kepada yang menyewa di Seri Nuang  ini, di mana bumi kita berpijak, di situlah langit kita. Pendapat dan sumbangan anda tetap diterima untuk membangun Bangsa Seri Nuang ini walaupun anda tinggal buat sementara sahaja.  Semoga sumbangan itu menjadi saksi dan "mengalir" apabila kita sudah tiada nanti.

Kepada semua Ahli Grup Komuiti Seri Nuang, Rasullullah SAW memberi impian kepada umatnya untuk ke Negara Cina, tetapi visi ini ditunaikan dgn menemui Maharaja Gaozong oleh Saad Abi Waqqas 20 tahun selepas kewafatanNya. Jadi bermimpi dengan idea-idea baru itu tidak salah, malah digalakkan. Cuma hasilnya cepat atau lambat sahaja dilaksanakan.

Sebagai contoh ada sahabat Seri Nuang yang mencadangkan penggunaan autogate secara “wave”. Sebenarnya JMB memang ada rancangan, tetapi kerana kewangan yang suntuk setakat ini, terpaksa lah ia ditangguhkan. Isu lift dan air adalah keutamaan setakat ini. Pemikiran perlu dianjakkan kerana ianya adalah antara kos yg tinggi utk menguruskan Seri Nuang. Sedikit tekanan memberi penambahbaikan, nilai dan pengetahuan yang baru Ini untuk kita elakkan dari zon yang terlalu selesa dan cepat berpuas hati dengan apa yang ada.

Bahasa jiwa bangsa, Bangsa kita ni sensitif, tetapi jiwanya besar. Bila ada tetamu datang, makanan akan dicari di luar rumah walaupun lauk di peti sudah ketiadaan. Orang kita bertutur bijak: siang pandang-pandang, malam dengar-dengar. Mengambil hati dan memberi hati adalah lumrah. Agaknya didikan kita begitu, bercakap harus sopan, laluan diberi pada yang tua, yang kecil diajar santunan. Rotan mengajar, bukan deraan. Kalau lebih keras, bangsa kita membeli bila maruah tercemar tapi berpantun sebelum bertikam. Walaupun bukan sepenuhnya islamik, tetapi adab dan adat ini menilai bangsa. Yang malas itu banyak bangsa, bukan melayu sahaja.

Akhir kalam, Selamat menyambut tahun masehi 2020, semoga Tuan-tuan, Puan-puan, Cik-cik dan anak-anak kita berjaya di dunia dan akhirat


RUMAH KITA KAMPUNG KITA

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2020

Jumaat, Disember 20, 2019

Makluman: Pengurusan JMB kini

Khamis, Disember 19, 2019

Makluman Penyahaktifan Kad Akses Kenderaan

Gangguan Bising

Rabu, Disember 18, 2019

Haiwan Peliharaan: Kucing

Selasa, Disember 10, 2019

Jadual Tugasan Cleaner


Isnin, Disember 02, 2019

Jadual Pengajian bulan Disember 2019

Ahad, Disember 01, 2019

Hari terbuka Nurin Childcare Centre

Taska Nurin Childcare Centre telah mengadakan hari terbuka dan pendaftaran bagi tahun 2020. Sesi ini telah diadakan pada 30 Nov 2019 bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Ada beberapa aktiviti kanak-kanak telah disediakan kepada ibu bapa yang mendaftar pada hari tersebut.

Sabtu, November 30, 2019

Sesi cabutan undi parkir sewa JMB

Sesi pengudian bagi lot parkir sewaan JMB telah dijalankan pada 30 Nov 2019 jam 10.00 pagi di Mini Library Seri Nuang. Sejumlah 18 lot parkir sewaan telah dibuka kepada penduduk yang layak. Tempoh sewaan adalah selama setahun bermula 1 Jan - 31 Dis 2020.

Khamis, November 28, 2019

Perpustakaan Mini Seri Nuang

Rabu, November 13, 2019

Pengurusan Stres di Kalangan Wanita