Pihak Jawatankuasa Penduduk Seri Nuang ada menerima aduan daripada penduduk di Seri Nuang mengenai volume pembesar suara di surau terlalu kuat pada waktu subuh. Ini kerana pada waktu itu adalah waktu yang agak sunyi, maka pengadu berasa tidak selesa akan situasi tersebut. Beliau meminta agar diperlahankan sedikit volume pembesar suara tersebut agar ianya tidak mengganggu penduduk.
Nota: Aduan ini akan dibawa ke dalam perbincangan para perwakilan Jawatankuasa Penduduk secepat mungkin.
Terima kasih.

