Salam semua 😊
Sabtu ini surau kita akan adakan gotong-royong sempena kedatangan bulan Ramadan.
Ramadan nanti surau lebih kerap digunakan untuk solat berjemaah, tarawih, tadarus. Bila bersih dan selesa, ibadah pun lebih khusyuk.
Gotong-royong ni bukan sekadar sapu dan mop, tapi cara kita latih niat, kerjasama dan keikhlasan sebelum Ramadan bermula.
Apa yang kita buat hari ini, orang guna sepanjang Ramadan, inshaAllah pahala mengalir.
Dalam program seumpama ni kita boleh jumpa, kenal, bekerjasama. Surau hidup bila jemaahnya hidup. Mulakan Ramadan dengan tindakan, bukan hanya tunggu.
Kita sambut Ramadan dengan usaha, bukan hanya ucapan.
Jumpa sabtu ni


Tiada ulasan:
Catat Ulasan