Isnin, Februari 09, 2026

Mesyuarat Agung Tahunan PPBBSA 2026

 

Sabtu, Februari 07, 2026

Gambar Gotong-royong 7 Feb 2026

Rabu, Februari 04, 2026

Gotong-Royong Pra-Ramadan 1447


Salam semua 😊

Sabtu ini surau kita akan adakan gotong-royong sempena kedatangan bulan Ramadan.

Ramadan nanti surau lebih kerap digunakan untuk solat berjemaah, tarawih, tadarus. Bila bersih dan selesa, ibadah pun lebih khusyuk.

Gotong-royong ni bukan sekadar sapu dan mop, tapi cara kita latih niat, kerjasama dan keikhlasan sebelum Ramadan bermula.

Apa yang kita buat hari ini, orang guna sepanjang Ramadan, inshaAllah pahala mengalir.

Dalam program seumpama ni kita boleh jumpa, kenal, bekerjasama. Surau hidup bila jemaahnya hidup. Mulakan Ramadan dengan tindakan, bukan hanya tunggu. 

Kita sambut Ramadan dengan usaha, bukan hanya ucapan.

Jumpa sabtu ni

Ahad, Februari 01, 2026

Jadual Pengajian Surau Al-Ikhwan: Feb 2026

 

Isnin, Januari 26, 2026

Bacaan Yaasin dan Tahlil untuk Arwah Zawani Yusoff (2-7-1)


Terima kasih pada yang hadir pada bacaan yassin tadi. Semoga Allah membantu "mereka" yang telah pergi dan kita yang sedang menunggu.

Pada yang tidak dapat hadir, inshaAllah, di lain masa Allah akan melapangkan kerja dan memanjangkan masa supaya dapat meluangkan masa di surau kita.
Kepada yang masih ingin menambah dana akhirat dengan menyumbang kepada Keluarga Arwah Zawani, bolehlah diteruskan usaha tersebut sehingga pagi esok.
Semoga Allah menggantikan kita dengan rezeki yang lebih banyak lagi untuk berinfak.
Wallahuaklam
26 Jan 2026

Al-Fatihah: Zawani Yusoff (1982-2026)


Assalamualaikum wbk,

SESUNGGUHNYA KITA MILIK ALLAH DAN KEPADA-NYA KITA KEMBALI.

Dukacita dimaklumkan bahawa Saudara Zawani bin Yusoff (43)  telah kembali ke Rahmatullah subuh  tadi di rumahnya di Tingkat 7, Pangsapuri Seri Nuang, Bukit Bandaraya, Seksyen U11, Shah Alam. Arwah merupakan Penolong Pegawai Sains di Bahagian Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia. 


Waris:
Puan Az Zahrah (isteri)
Shah Al Amin (Adik Ipar)

Jenazah  telah dibawa ke hospital Klang untuk posmortem. Selepas posmortem jenazah  akan dibawa   ke Surau At-Taqwa (Surau Diri Jumaat) untuk urusan mandi, kafan dan solat.

Ketentuan masa Solat Jenazah akan dimaklumkan kemudian samada selepas solat Zohor atau selepas solat Asar bergantung kepada proses post-mortem.

Jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan Seksyen 21 untuk proses pengebumian selepas  solat jenazah. Semua jemaah yang berkelapangan  dijemput hadir untuk menunaikan  solat jenazah di Surau At-Taqwa (Surau Diri Jumaat) dan seterusnya mengiringi jenazah ke tanah perkuburan  Sekyen 21.


Terima kasih.
26 Jan 2026

Rabu, Januari 21, 2026

Anak-anak Mengaji Al-Quran di Surau

 

Foto ihsan Uncle K 

Assalamualaikum. Anak-anak Seri Nuang berbaris menunggu giliran untuk mengaji Al-Quran. Suatu pemandangan indah buat penduduk semua. Kita sudah memasuki hari kedua bulan Sya’ban. Semoga Allah SWT memilih kita untuk istiqamah mengerjakan amal soleh. Amin.
21 Jan 2026
Nota: Ustaz saja pilih untuk mengajar di ruangan luar malam ini.

Isnin, Januari 12, 2026

Selamat Kembali ke Sekolah Sesi 2026


🎒 Selamat kembali ke sekolah!

📚 Selamat memulakan sesi persekolahan yang baru!

🌟 Selamat menimba ilmu di sekolah!

🤝 Selamat bertemu semula dengan rakan-rakan dan guru di sekolah!

Khamis, Januari 01, 2026

Jadual Majlis Ilmu: Januari 2026