Khamis, Julai 04, 2024

Bantuan Wakaf / Derma Pembaikan dan Penambahan Kecemasan Infrastruktur Surau Al-Ikhwan

4 Julai 2024

PERMOHONAN BANTUAN WAKAF/DERMA PEMBAIKAN DAN PENAMBAHAN KECEMASAN INFRASTRUKTUR SURAU AL IKHWAN

Surau Al Ikhwan memerlukan sejumlah RM 25000.00 untuk pembelian permaidani ruang solat yang baru dan infra tambahan yang sangat diperlukan.  Ini kerana pada 14 Jun 2024 baru-baru ini, kami mengalami insiden di mana sebahagian besar ruang solat surau telah terkena najis mughallazzah akibat anjing telah memasuki ke solat di dalam surau.

Kejadian ini telah mengakibatkan seluruh ahli kariah tidak dapat menunaikan ibadah kerana najis berat. Kesan utama adalah terhadap permaidani surau kami, yang merupakan aset penting bagi kegiatan ibadah di surau ini.

Kerana kejadian ini, pihak surau terpaksa menaikkan pagar separas tinggi orang dewasa dan mengadakan pintu ”flip” supaya pintu utama senantiasa tertutup dan tidak dimasuki binatang.

Oleh itu, kami dengan rendah diri memohon bantuan dari Tan Sri / Dato’/ Tuan dan Puan untuk memberikan sokongan kewangan dalam pembelian permaidani baru untuk menggantikan yang telah tercemar ini dan tambahan halangan-halangan untuk mengelakkan kejadian sama dari berulang.

Sumbangan wakaf boleh dibuat secara RM100 Per lot kepada:


Nama              : SURAU AL IKHWAN
Bank                : Bank Islam
No Akaun         : 12038010102222
Ref                   : Wakaf Surau

Sekian, terima kasih. 


Pengerusi Surau Al Ikhwan
Pangsapuri Seri Nuang
No.1, Jalan Gunung Nuang U11/37
Bukit Bandaraya, Seksyen U11
40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tiada ulasan: