PROGRAM REWANG DAN RAYA Komuniti Seri Nuang
Pertama sekali, kami nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada 20 orang yang telah memberi komitmen untuk hadir menjayakan program hari ini. Ini juga termasuk mereka yang hadir lewat. Sekurang-kurangnya anda tak pernah keliru dengan perutusan ini kerana selalu bersedia untuk memberi khidmat kepada Komuniti Seri Nuang.
kami juga ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada yang nak hadir tetapi tidak mampu kerana kekangan lain. Kami sangat hargai kerana memberitahu kepada kami lebih awal.
Program ini adalah program komuniti - semua dapat manfaat, sebab tu ianya percuma, tapi kita galakkan membawa potluck supaya komuniti dapat juga berinfak atas nama agamanya.
Kenapa program Rewang ini? Ia kerana kita semua tak sempat untuk adakan program raya secara skala besar. Masing-masing mempunyai kekangan masa dan komitmen lain.
Adakah program ini utk komuniti? Ya untuk semua lapisan masyarakat di Sesri Nuang.
Kenapa kena daftar nama?
Kami nak kenal siapa yang Allah akan nilai dahulu. Dia seumpama kita solat di hadapan dan di belakang adalah berbeza darjatnya.
Program ini bukan program individu (berniaga), kami benarkan senarai dikemaskini secara rantaian. Ini adalah program masyarakat Seri Nuang.
Kenapa program ini diadakan?
Untuk merapatkan ukhwah antara jiran dan mengelakkan perspektif yang negatif antara jiran-jiran.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Anda semua memang hebat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan