Rabu, Disember 07, 2022

Datuk Bandar Shah Alam ke-10


SHAH ALAM- Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Nor Fuad Abdul Hamid dilantik sebagai Datuk Bandar Shah Alam baharu berkuat kuasa 1 Disember 2022. 

Sesi penyampaian amanat dan penyerahan surat pelantikan disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim.

“Tahniah dan selamat bertugas diucapkan,”katanya dalam ucapan ringkas Haris menerusi akaun Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, hari ini.

Untuk rekod, Nor Fuad pernah menyandang jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Kerajaan Negeri Selangor merangkap pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).

Beliau menggantikan Datuk Zamani Ahmad Mansor yang memegang jawatan berkenaan sejak 14 Jun 2021 hingga 8 Oktober lalu.

Sumber: Kosmo Online

Tiada ulasan: