Jumaat, Disember 24, 2021

Sejarah Nama Shah Alam

Sekilas Fakta 

Pada November 1968, Jabatan Perancang Bandar dan Kampung Negeri Selangor telah menyiapkan pelan sebuah bandar untuk dijadikan Ibu Kota Negeri Selangor yang dicadangkan pembinaannya di kawasan Sungai Renggam, 5 km dari Kelang. Terdapat 100 cadangan diterima untuk menamakan bandar tersebut, antaranya Kota Bunga Raya, Kota Lumun dan Sri Selangor. 

Hanya empat nama disenarai pendek iaitu Kota Jugra, Kota Selangor, Kota Renggam dan Shah Alam (cadangan dari Sultan Selangor). Pada 21 Disember 1968 bersamaan 1 Syawal 1388, DYMM Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, selepas Sembahyang Hari Raya di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur telah mengisytiharkan Shah Alam sebagai ibu negeri. 

Penyelidik: Ishak Mat Peah

Sumber: UM 24 Dis 2021

Tiada ulasan: