Isnin, Mei 31, 2021

Bulan Terang

B U L A N . T E R A N G
Indah sungguh bunga kemboja
Di tepi rumah tumbuh melata
Bulan terang menyinari cahaya
Nampak indah Seri Nuang kita
Foto kredit: Rozaiman A Hamid

Jumaat, Mei 28, 2021

Membaiki Kubah Surau

Ruang Dalam Lift

 

JMB Seri Nuang telah melaksanakan sedikit usaha sepertimana yang ditetapkan dalam prosedur oleh pihak pemerintah negara. 

#jmbserinuang
#rumahkitakampungkita 

Isnin, Mei 24, 2021

Kerja Pembaikan Atap Bocor Bilik Jana Kuasa (Genset)

 

Jom Pakai Pelitup Separuh Muka

 

Jumaat, Mei 21, 2021

Kerja Pembaikan Saluran Paip Blok 1

 

Rabu, Mei 19, 2021

Proses Penyemburan Anti Kuman Dalam Surau

Proses penyemburan membasmi kuman telah dibuat pada 19 Mei 2021 dengan menggunakan khidmat Saudara jamal dari Coway. 

 

Selasa, Mei 18, 2021

JMB dan Caj Penyelenggaraan

 

Apakah kewajipan JMB? 

JMB ialah entiti korporat yang terdiri daripada pemaju hartanah dan pemilik unit. Tugas utamanya termasuk:

1. Menentukan jumlah yuran pengurusan yang akan dikutip

2. Mengumpul yuran pengurusan bulanan

3. Memelihara, mengawasi dan memperbaiki keadaan bersama pembangunan dengan betul agar ia dapat dinikmati oleh semua penduduk dan pemilik unit

4. Melindungi pembangunan dengan menginsuranskannya mengikut Akta Pengurusan Strata 2013

5. Ikut pesanan dan arahan yang sah dari pihak berkuasa tempatan

6. Buat dan simpan rekod nama semua pemilik unit 

7. Pastikan yuran pengurusan yang dikumpulkan dan penggunaannya diaudit, serta menyediakan satu salinan penyata kewangan teraudit kepada semua pemilik unit 

8. Menguatkuasakan peraturan pembangunan dan undang-undang kecil

  

Yuran penyelenggaraan yang dikutip dibelanjakan ke mana? 

Yuran yang dikutip ialah semata-mata digunakan untuk mengekalkan harta bersama dalam keadaan baik setiap hari termasuk: 

1. Bayaran untuk perkhidmatan pembersihan dan keselamatan (Pengawal, CCTV dll)

2. Pembelian kemudahan awam untuk pemilik dan penduduk projek perumahan

3. Papan tanda yang berfungsi untuk pandu arah di sekitar kawasan

4. Pembelian harta alih (Mesin rumput, water jet, komputer dsb)

5. Menggantikan lekapan dan kelengkapan di kawasan umum (Lampu, paip, koridor dll)

6. Perbelanjaan yang diperlukan untuk mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan (Pepasang elektrik, lift dsb)

7. Pembayaran bil utiliti (Elektrik, air, kumbahan dsb)

8. Penggantian atau pembaikan sistem pendawaian yang rosak

9. Pemeliharaan jalan dan saliran

10. Penyelenggaraan dan pembaikan tangki air

11. Menaik taraf dan membaik pulih harta bersama (Jalan, tangga, koridor, lift dll)

12. Membayar sewa dan lain-lain kos yang diperlukan 

13. Bayaran untuk pengauditan penyata kewangan 

14. Kos pentadbiran atau bayaran untuk ejen pengurusan (Sekiranya ada)

 

Mengapa pemilik perlu membayar yuran pengurusan? 

Hartanah strata, mengalami penyelenggaraan yang buruk jika pemilik unit tidak membayar yuran dan berkemungkinan ia akan memberi kesan penurunan dalam nilai pasaran sekiranya mereka mahu menjual unit kediaman. Ini kerana harta yang dipelihara dengan baik boleh dijual semula pada harga yang lebih tinggi.

Rujukan: https://www.sinarharian.com.my/article/39792/LIFESTYLE/Hartanah/Tahukah-anda-apa-itu-Akta-Pengurusan-Strata

Jumaat, Mei 14, 2021

Pagi 2 Syawal

 

Seri Nuang
2 Syawal 1442
Kredit Rozaiman A Hamid

#raya2021

#salamjumaat

Khamis, Mei 13, 2021

Pagi 1 Syawal 1442

 

Gambar ini diambil selepas menunaikan sembahyang sunat Aidil Fitri pada 13 Mei 2021 di Surau Al-Ikhwan. 
Khatib sedang menyampaikan khutbah hari raya

Rabu, Mei 12, 2021

Pelita Panjut di Malam Hari Raya

Kredit:  A Yani 

Salam Aidil Fitri 1442H

Isnin, Mei 10, 2021

Majlis Khatam Al-Quran

 

Majlis khatam Al-Quran telah berlangsung pada 9 Mei 2021 selepas sembahyang taraweh malam ke-28. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang turut serta. Semoga Allah memberi ganjaran pahala kepada semua ibadat yang telah dibuat. 

Ahad, Mei 09, 2021

Qiyammulail Ramadan 1442

 

Program Qiyammulail telah diadakan pada subuh 9 Mei 2021 bersamaan malam ke-27. Ada lebih kurang 12 orang yang telah turut serta. Semoga Allah menerima amalan baik yang telah dilakukan. 

Sabtu, Mei 01, 2021

Surau Al-Ikhwan - secara ringkas

Surau Al-Ikhwan adalah surau yang dibina oleh pihak pemaju bangunan. Surau ini telah didaftarkan dengan JAIS pada 23 Jun 2009 dengan nombor pendaftaran: JAI.SEL.BPM/01/032/379. AJK surau juga telah dilantik untuk menggerakkan aktiviti surau. Pihak surau juga telah mengadakan beberapa program bermula dari tahun 2008. Antara program yang telah dijalankan:

1. Sembahyang Tarawih 2008-2021
2. Kuliah agama
3. Qiyamullail
4. Halaqah
5. Kelas agama kanak-kanak
6. Ziarah YassinWanita
7. Majlis berkaitan dengan tarikh-tarikh Islam
8. Iftar Jamaie
9. Ihtifal Maulidur Rasul, Israq Mikraj
10. Solat waktu berjemaah
11. Menghadiri kursus jenazah anjuran JAIS (2010)
12. Klinik Al-Quran
13. Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa selamat
14. Majlis Aidil Fitri 2008-2017
15. Mengadakan kelas Fun Learning English pada 2016
16. Perpustakaan Mini Seri Nuang semenjak 2014

Pihak surau juga telah menerima sumbangan berupa PA System dan carpet dari Lembaga Zakat Selangor pada tahun 2008. Surau juga telah membuat rancangan untuk mengadakan beberapa lagi program bermula, antaranya:

1. Kuliah bulanan
2. Yassin jemaah setiap minggu
3. Tadarus Al-Quran dalam bulan Ramadhan
4. Sesi Perkongsian ilmu bersama ustaz jemputan

Surau Al-Ikhwan mempunyai keluasan 1,434 kaki persegi dan ianya didirikan dalam kawasan Pangsapuri Seri Nuang dengan nombor lot PT 4730 (Rujuk Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan MBSA, No. CF: 01225, tarikh 5 Mei 2008). 

Pada awal tahun 2021, pihak surau telah membuat penambahan ruang sembahyang di bahagian luar iaitu dengan membina bumbung dan laluan pejalan kaki. Ruang tersebut adalah lebih kurang 1,200 kaki persegi (Rujuk: sini