Khamis, Februari 25, 2021

PENGUATKUASAAN PERATURAN SISTEM KELUAR / MASUK KENDERAAN APARTMEN SERI NUANG

 


                                                     NOTIS RASMI JMB

                                                                      25 Feb 2021 

PENGUATKUASAAN PERATURAN SISTEM KELUAR / MASUK KENDERAAN APARTMEN SERI NUANG

JMB Seri Nuang telah melaksanakan modenisasi barrier gate system daripada short range reader kepada medium range reader. Perubahan sistem baru ini bagi kelestarian komuniti untuk akses keluar dan masuk kenderaan dengan lebih efisien menggunakan pendekatan baru iaitu pelekat RFID berbanding kad akses biasa yang bersifat konvensional.

2. PERATURAN - PERATURAN

Semua penduduk yang layak dan telah mendaftarkan kenderaan dikehendaki mematuhi peraturan seperti berikut:

2.1 Kereta: Pelekat Kereta RFID (Skan Thru) dikehendaki dilekatkan di cermin hadapan (dalam) atas sebelah kanan tanpa halangan tinted gelap 10 inci atau mana-mana permukaan cermin hadapan yang sesuai. Menggunakan pelekat RFID motosikal pada kereta adalah tidak dibenarkan sama sekali

2.2 Motosikal: Pelekat RFID dikehendaki dilekatkan di cover lampu hadapan atau mana-mana bahagian motosikal yang sesuai. Pelekat RFID tidak dibenarkan dilekatkan di tempat selain daripada bahagian motosikal seperti topi keledar dan dompet atau sebagainya

2.3 Motosikal ketiga dan seterusnya dibenarkan secara sewaan bulanan RM30. Pelekat RFID perlu dibeli dengan harga RM50.00 dan

2.4 Pertukaran kereta ke atas kereta yang telah didaftarkan perlu mendapat kebenaran Pejabat Pengurusan JMB dan kad akses akan diberikan untuk tempoh masa yang dipersetujui. 

2.5 Semua kenderaan termasuk motosikal tidak dibenarkan untuk meletak kenderaan di kawasan tempat basuh kenderaan (carwash bay). 

2.6 Untuk makluman masih terdapat banyak parkir motosikal yang kosong di bawah Blok 1 termasuk parkir motosikal berbumbung Blok 1. 

2.7 Kegagalan mematuhi peraturan ini, penguatkuasaan kunci roda akan dilakukan. 

2.8 Bagi motosikal yang diletakkan di parkir motosikal dalam kawasan Apartmen Seri Nuang tetapi tidak berdaftar juga akan diambil tindakan. 

Mohon kerjasama semua penduduk 

3. PENGUATKUASAAN PERATURAN 

3.1  Pemeriksaan akan dilakukan ke atas setiap kenderaan yang diletakkan dalam kawasan Apartmen Seri Nuang. Mana-mana kenderaan yang didapati menyalahi peraturan sepertimana di Para 2.1 dan Para 2.2 akan diambil tindakan kunci roda dan penyahaktifan akses keluar / masuk barrier gate system; dan 

3.2 Mana-mana pengaktifan semula akses keluar / masuk akan dikenakan bayaran RM50.00 dan tempoh pengaktifan adalah satu (1) hari bekerja. 

4. Tarikh Penguatkuasaan: 1 Mac 2021 

5. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan:

▪️Pegawai Pengurusan JMB : +6013-648 2832 / www.wasap.my/+60136482832

▪️AJK Keselamatan : +6012-282 5703 / www.wasap.my/+60122825703 

                                   +6013-324 9798 / www.wasap.my/+60133249798

Tiada ulasan: