PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2020
Haji Mohd. Azrin Bin Haji Ezahar
Pengerusi
Badan Pengurusan Bersama
Pangsapuri Seri Nuang
Allah SWT
berfirman di dalam Al-Qur’an, yang bermaksud:
“Apakah
manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (begitu sahaja setelah mereka)
mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya (dengan
itu) Allah mengetahui orang-orang yang dusta (di kalangan mereka)”.
- Surah
Al-Ankabut, Ayat 2-3
Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang telah memberikan nikmat dan
rahmat kepada kita, serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad
SAW yang menjadi penyatu ummat manusia sehingga akhir zaman.
Tahun 2019
bakal melabuhkan tirainya. Kini muncul pula tahun 2020, yang mana seperti biasa
kita akan memperbaharui semangat dan azam supaya tahun baru ini menjadi lebih
bermakna dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan duniawi dan ukhrawi sama ada
membuat perubahan pada diri,keluarga
atau pun organisasi.
Dalam
konteks sebagai penduduk Seri Nuang, kita berpegang bahawa permuafakatan itu adalah
satu ibadah. Semangat kerjasama dan saling lengkap-melengkapi perlu disemai dan
sentiasa berusaha untuk memberikan sikap yang terbaik. Marilah sama-sama kita
kikis sikap “keakuan” yang ada dalam diri kita kerana “alone we can do so
little, together we can do more”. Sentiasalah memberikan yang terbaik dan
mengharapkan keredhaan Allah Taala. Sesungguhnya, kesinambungan keharmonian
Seri Nuang terletak kepada kita semua.
Justeru,
saya bersama Ahli Jawatankuasa JMB Seri Nuang Sesi 2019/2021 menyeru kepada
semua penduduk agar sama-sama berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar kita
sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Semoga segala
perancangan yang telah direncanakan dapat direalisasikan dengan jayanya dan
dilindungi daripada sebarang keburukan.
Selamat
menyambut tahun baharu 2020 Masihi.
RUMAH KITA KAMPUNG KITA
Sahabat Seri Nuang yang mencadangkan penggunaan autogate secara
“wave”. Sebenarnya JMB memang ada rancangan, tetapi kerana kewangan yang suntuk
setakat ini, terpaksa lah ia ditangguhkan. Isu lift dan air adalah keutamaan
setakat ini. Pemikiran perlu dianjakkan kerana ianya adalah antara kos yg
tinggi utk menguruskan Seri Nuang. Sedikit tekanan memberi penambahbaikan,
nilai dan pengetahuan yang baru Ini untuk kita elakkan dari zon yang terlalu
selesa dan cepat berpuas hati dengan apa yang ada.
Bahasa jiwa
bangsa, Bangsa kita ni sensitif, tetapi jiwanya besar. Bila ada tetamu datang,
makanan akan dicari di luar rumah walaupun lauk di peti sudah ketiadaan. Orang
kita bertutur bijak: siang pandang-pandang, malam dengar-dengar. Mengambil hati
dan memberi hati adalah lumrah. Agaknya didikan kita begitu, bercakap harus
sopan, laluan diberi pada yang tua, yang kecil diajar santunan. Rotan mengajar,
bukan deraan. Kalau lebih keras, bangsa kita membeli bila maruah tercemar tapi
berpantun sebelum bertikam. Walaupun bukan sepenuhnya islamik, tetapi adab dan
adat ini menilai bangsa. Yang malas itu banyak bangsa, bukan melayu sahaja.
Akhir kalam,
Selamat menyambut tahun masehi 2020, semoga Tuan-tuan, Puan-puan, Cik-cik dan
anak-anak kita berjaya di dunia dan akhirat
RUMAH KITA KAMPUNG KITA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan