Sabtu, Oktober 27, 2012

Lawatan akademik ke JMB Komuter Raya, Seksyen 19

Pada 20 Okt 2012 yang lalu, beberapa orang AJK JMB Seri Nuang telah mengadakan satu lagi lawatan akademik ke JMB Komuter Raya di Seksyen 19, Shah Alam. Pangsapuri yang dimaksudkan ini adalah terletak bersebelahan dengan Stesen Komuter Shah Alam. Lawatan telah bermula jam 10.00 pagi dengan disambut oleh Pengerusi JMB Komuter Raya, En Rosli Chik Mat. Kemudian kami telah dibawa ke dewan serbaguna untuk sesi taklimat dan perbincangan. Sejurus selepas itu, kami dibawa melihat tempat menyimpan minyak masak recycle yang mana mereka menjalankan projek recycle minyak masak. Kedai runcit dan dewan besar juga menjadi tumpuan utama semasa lawatan tersebut. Akhir sekali, kami melihat beberapa perkara yang boleh digunapakai di Seri Nuang. Lawatan berakhir jam 1.30 petang.

Tiada ulasan: