Ahad, Mac 29, 2009

Sekitar Ceramah Maulud Nabi 2009

Acara selawat beramai-ramai

Ustaz Fadzli, Pengerusi Majlis

Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni

Ceramah Maulud Nabi telah diadakan di sini pada 22 Mac 2009 yang lalu. Ustaz jemputan adalah Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni, YDP ABIM Selangor & Jurulatih Motivasi LZS.
Alhamdulillah ceramah seumpama begini telah berjaya dianjurkan oleh Seri Nuang. Selepas ceramah, semua telah dijemput untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan. Semoga program-program akan datang akan lebih ramai lagi peserta. InsyaAllah

Sabtu, Mac 28, 2009

Kejadian kecurian di Seri Nuang

Kepada warga-warga Seri Nuang,

Satu kejadian kecurian telah berlaku di Tingkat 4, Blok 2 pada minggu lepas. Ianya telah melibatkan sejumlah kos yang agak besar yang penghuni rumah tersebut. Rentetan peristiwa tersebut, sukalah pihak Jawatankuasa Penduduk Seri Nuang menasihatkan agar semua penduduk di sini menjaga keselamatan rumah dan harta-benda masing-masing.

Adalah pentingnya juga kita mengenali siap jiran-jiran bersebelahan dengan rumah kita. Ini untuk memastikan ada orang buleh membantu jika berada di dalam kesusahan. Malah, ianya sebagai satu medium untuk penduduk bekerjasama di dalam apa jua permasalahn yang berbangkit.

Oleh itu, marilah kita sama-sama memastikan kesejahteraan kawasan rumah ini agar semua penduduk dapat hidup dengan aman dan sentosa.

"Muafakat Membawa Berkat"

Balai Polis Seksyen 6
Jalan Nuri 6/1, Seksyen 6, 40000 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-5519 4622

Khamis, Mac 26, 2009

Sekitar ping pong 2009

"Estranged" - Zul & Zaini

"Power Beb" - Fairus & Taib

"Impak Maksima" - Asrin & Shazli
"Wonder Pets" - Samad & Faiz

"Supersonic" - Zidan & Joe

Isnin, Mac 23, 2009

Ping Pong @ Seri Nuang 2009

Juara ping-pong 2009 - Estranged (Zaini & Zul)

Regu yang berentap semasa final

Selepas perlawanan


Pada hari Ahad yang lepas, 22 Mac 2009, telah berlangsung kejohanan tertutup ping-pong @ seri nuang. Seramai 10 orang telah menhadirkan diri untuk bertanding dalam kejohanan tersebut. Daripada 10 orang tersebut, ada 5 bergu. Nama-nama bagi bergu itu ialah:


1. Estranged - Zaini & Zulkifli
2. Supersonic - Zahidan & Johari
3. Wonder Pets - Faiz & Samad
4. Impak Maksima - Asrin & Shazli
5. Power Beb - Fairus & Taib
Kejohanan telah bermula pada jam 8.00 pagi dengan setiap bergu mempunyai 4 perlawanan dengan setiap bergu yang ada. Format kejohanan nie adalah berbentuk kalah mati.

Secara keseluruhannya, kejohanan kali ini telah menampilkan jaguh2 ping pong seri nuang. Setelah setengah hari bertanding, keputusan siapa yang menjadi juara telah diperolehi dengan rasminya. Pertandingan akhir telah menyaksikan pertarungan antara Estranged dan Power Beb, tetapi akhirnya Wonder Pets terpaksa menyerah kalah kepada Estranged sekaligus muncul sebagai juara untuk 2009. Tahniah diucapkan.

Rabu, Mac 18, 2009

Ceramah Maulidur Rasul @ Seri Nuang

Tuan-tuan dan puan-puan penghuni Seri Nuang adalah dijemput hadir untuk memeriahkan majlis ilmu tersebut. InsyaAllah.

Isnin, Mac 09, 2009

Kejohanan Ping Pong Tertutup Seri Nuang 2009

Kejohanan Ping Pong Tertutup akan diadakan pada:

Tarikh: 22 Mac 2009 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna Seri Nuang


Yuran penyertaan: RM 10.00 seorang
Sila bawa ’bat’ masing-masing. Sekretariat program hanya menyediakan meja dan bola sahaja.
Borang penyertaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:

Sdra Zaini Hassan (2-5-12): 017.256 4221
Sdra Fairus Halim (2-1-10): 019.318 3902

atau download terus di sini

Jumaat, Mac 06, 2009

Futsal @ Frenzy Seksyen 15

Rabu, Mac 04, 2009

Family Day for Seri Nuangers

Hello kawan2 semua,

Ada chadangan daripada rakan-rakan kita untuk mengadakan satu program Family Day untuk geng2 Seri Nuang serta family masing-masing. Ada yang suggest kita buat kat area2 dekat dulu pun ok. then bila kita dah dapat sambutan daripada debut punya program nie, then baru kita akan plan kat tempat lain plak, luar daripada Shah Alam.

Sesiapa ada chadangan, sila komen di bawah.

Cadangan daripada semua amatlah dihargai.

Khamis, Februari 26, 2009

Jom Futsal!!!!

Program Jom Futsal Seri Nuang akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 28 Feb 2009
Tempat: Xtreme Park, Seksyen 13, Shah Alam,Selangor
Masa: 11.00 pm

Contact:

Taib 012-698 8585
Shazli Scholes: 012-250 7932

Jom Futsal weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Selasa, Februari 24, 2009

Kejohanan Ping Pong Tertutup Piala Seri Nuang 2009

Pihak Exco Sukan & Rekreasi, Jawatankuasa Penduduk Seri Nuang bercadang untuk menganjurkan satu kejohanan tertutup Ping Pong pada bulan Mac 2009. Tarikh yang dicadangkan sama ada 15 atau 22 Mac 2009. Tempatnya adalah di Dewan Serbaguna Seri Nuang.

Pihak Exco ingin mendapatkan feedback daripada semua orang mengenai tarikh yang dicadangkan. Sila hubungi:

Taib (2-4-9) : 012-698 8585
Shazli (1-2-9) : 012-250 7932

Khamis, Februari 19, 2009

Futsal @ Xtreme Park, Shah Alam

Kepada semua penduduk Seri Nuang,

AJK Sukan akan mengadakan satu game Futsal yang bertempat di Xtreme Park, Seksyen 13, Shah Alam pada 21 Feb 2009 jam 11.00 malam. Game nie terhad kepada 14 orang sahaja. Tempat nie kat sebelah Stadium Shah Alam ja.

Sapa-sapa yang berminat nak join sekaki dalam game nie, apa lagi telepon la kawan kita:

a. Sdra. Shazli (1-2-9) - 012-250 7932
b. Sdra. Taib (2-4-9) - 012-698 8585

Kena cepat-cepat telepon atau SMS pon takpa. Ini untuk tujuan reservation selewat-lewatnya 20 Feb 2009. Bagi tau nama dan nombor rumah.

Kita bagi meriahkan malam minggu kita minggu nie, yeeeee haaaaaaaaaaaaaaaaaa

Isnin, Februari 16, 2009

Notis panggilan mesyuarat Seri Nuang

Salam sejahtera kepada semua,

Adalah dengan sukacitanya dijemput semua pemilik rumah di Seri Nuang untuk meluangkan masa ke mesyuarat Penduduk dan Surau. Tarikh-tarikh adalah sepeti berikut:

Mesyuarat Aktiviti Penduduk:

Tarikh: 21 Feb 2009
Masa: 2.00 pm
Tempat: Surau Al-Ikhwan

Mesyuarat Aktiviti Surau:

Tarikh: 22 Feb 2009
Masa: 5.00 pm
Tempat: Surau Al-Ikhwan

Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amatlah diharapkan.

Sekian dimaklumkan