Rabu, November 12, 2025

Karnival Mega Kitar Semula Shah Alam 2025


HEBAHAN PROGRAM | KARNIVAL MEGA KITAR SEMULA SHAH ALAM 2025 ♻️

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjemput semua warga Shah Alam untuk memeriahkan Karnival Mega Kitar Semula Shah Alam 2025 dengan tema “Dari Shah Alam Untuk Alam”.

📅 Tarikh: Sabtu, 22 November 2025

🕗 Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang

📍 Tempat: Dewan Bunga Kemboja (Dewan MBSA), Seksyen U11, Shah Alam

Karnival ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan amalan kitar semula dan gaya hidup lestari melalui pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

🌿 Antara aktiviti dan pertandingan yang bakal berlangsung:

Pertandingan Mencipta Lagu Kitar Semula 🎶

Pertandingan Upcycle Bahan Kaca 🧩

Pertandingan Fashion Show Kitar Semula 👗

Recycle Exchange Mega ♻️

Upcycle Workshop & Eco Free Market 🌱

Pameran, Pocket Talk & Shah Alam On Wheel 🚴

Senamrobik, Inflatable Playground & Jualan Makanan 🍴

Aktiviti Plogging (lari sambil kutip sampah) 🏃‍♂️

💧 Inisiatif Hijau:

Sila bawa bekas minuman sendiri dan galakkan perkongsian kenderaan ke lokasi program.

📲 Pendaftaran Plogging: Imbas kod QR pada poster atau hubungi pegawai bertugas.

📞 Sebarang pertanyaan:

Jabatan Kebersihan Awam & Kelestarian Sisa, MBSA

☎️ 03-5519 5402 / Pn. Lisa (013-345 4557)

📧 sisapepejal@mbsa.gov.my

Mari bersama-sama menjayakan usaha Shah Alam ke arah bandar lestari dan hijau! 🌏✨

#JubliPerakMBSA #KitarSemulaShahAlam #ShahAlamUntukAlam 

#ShahAlamTowardsZeroWaste #MalaysiaMadani #VisitSelangor2025

Ahad, November 02, 2025

Kitar Semula Minyak Masak Terpakai


Pagi tadi telah berlangsung sesi pengumpulan minyak masak terpakai. Lebih kurang 150kg telah terkumpul pada kali ini. Syabas Seri Nuangers kerana telah melakukan sesuatu yang bagus demi menjaga alam sekitar.

2 Nov 2025

Sabtu, November 01, 2025

Majlis Ilmu Bulan Nov 2025