Ahad, Ogos 31, 2025

Raikan Merdeka Malaysia

 

Sambutan Merdeka ke-68 tahun ini disambut dengan penuh semangat dan kebanggaan oleh rakyat Malaysia di seluruh negara. Bertemakan perpaduan dan kemajuan, pelbagai aktiviti seperti perarakan, pertandingan patriotik, dan majlis ilmu dianjurkan bagi menghayati erti kemerdekaan yang sebenar. Jalur Gemilang berkibar megah di setiap penjuru, melambangkan kesatuan dan kecintaan terhadap tanah air. Sambutan ini bukan sahaja mengenang perjuangan tokoh terdahulu, tetapi juga menyemai semangat sayangkan Malaysia dalam kalangan generasi masa kini.

Isnin, Ogos 25, 2025

Pemasangan Jalur Gemilang


Pemasangan Jalur Gemilang di sekitar kawasan Seri Nuang biasanya dilakukan sempena Bulan Kebangsaan dan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.

#Merdeka68 #BBSA #ShahAlam #MPPZonEmpat 

Jumaat, Ogos 01, 2025

Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil

Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil bagi keluarga Dr Iza (Tingkat 1, Blok 2) yang mana ibunya baru meninggal dunia. Majlis telah diadakan pada 1 Ogos 2025 selepas sembahyang maghrib dan dipimpin oleh Pengerusi Surau Al-Ikhwan, Saudara Ahmad Yani. 

Jadual Majlis Ilmu: Bulan Ogos 2025

 

Assalamualaikum w.b.t. Dengan penuh hormat, pihak Surau Al-Ikhwan ingin menjemput Tuan/Puan ke Majlis Ilmu Bulanan yang akan diadakan seperti biasa.

Majlis-majlis Ilmu ini bertujuan menyuburkan minda, menyemarakkan ukhuwah, dan memperkukuh kefahaman agama dalam kalangan masyarakat setempat. Kehadiran Tuan/Puan ke majlis Ilmu sebagai Taman-taman Syurga amat dialu-alukan.

Semoga majlis ini menjadi asbab kepada limpahan rahmat dan petunjuk Ilahi bagi seluruh warga Seri Nuang. Ayuh hadir, semarakkan nur ilmu, dan bersama menuju redha-Nya.

Wassalam.

#MajlisIlmu #SurauAlIkhwan #IlmuBerkat