Selasa, Disember 20, 2022

Panorama Seri Nuang

 

Apabila meniup abu di dapur
Hati-hati terkena mata
Apabila hidup tahu bersyukur
Bagaikan rezki hatinya rela

#SeriNuangIndah
#RumahKitaKampungKita

Khamis, Disember 15, 2022

Seri Nuang di Kala Hendak Hujan

Harum sungguh si daun pandan
Tambah pula dengan gula kabung
Langit gelap tanda nak hujan
Petir guruh sabung-menyabung
Foto kredit: Rozaiman A Hamid

Rabu, Disember 07, 2022

Datuk Bandar Shah Alam ke-10


SHAH ALAM- Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Nor Fuad Abdul Hamid dilantik sebagai Datuk Bandar Shah Alam baharu berkuat kuasa 1 Disember 2022. 

Sesi penyampaian amanat dan penyerahan surat pelantikan disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim.

“Tahniah dan selamat bertugas diucapkan,”katanya dalam ucapan ringkas Haris menerusi akaun Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, hari ini.

Untuk rekod, Nor Fuad pernah menyandang jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Kerajaan Negeri Selangor merangkap pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).

Beliau menggantikan Datuk Zamani Ahmad Mansor yang memegang jawatan berkenaan sejak 14 Jun 2021 hingga 8 Oktober lalu.

Sumber: Kosmo Online

Isnin, Disember 05, 2022

Lift: Nadi Hidup Komuniti Strata

 

Kontraktor bagi fasiliti lift iaitu Eita Elevators telah datang bagi membaiki 'Motor Pulley' bagi Lift No.1 di Blok 2. JMB mengingatkan supaya dapat melaksanakan tanggungjawab semua pemilik rumah untuk membayar maintenance fee pada setiap bulan. 

Sabtu, Disember 03, 2022

Sesi Cabutan Lot Parkir Sewa bagi Tahun 2023

 

Sesi cabutan bagi lot parkir sewa Seri Nuang diadakan pada jam 9.30 pagi 3 Dis 2022 di Dewan Serbaguna Seri Nuang. 





Khamis, Disember 01, 2022

Jadual Pengajian Ilmu - Disember 2022

 

Khamis, November 10, 2022

Mari hafal Nasab keturunan Nabi Muhammad saw

 

Selasa, November 01, 2022

Jadual Pengajian Ilmu: Nov 2022

Khamis, Oktober 20, 2022

Peranan Besar oleh JMB

 

Sumber: Harian Metro 

Ahad, Oktober 16, 2022

Pengurusan Strata

Sumber: KPKT

 

Selasa, Oktober 11, 2022

Malam Bulan Di pagar Bintang


"Bunga Telepuk kembang separak

Kembang tersusun setiap batang

Awan bertepuk mega bersorak

Bulan terbit dipagar bintang"


Indah Seri Nuang di waktu malam 

Foto kredit: Rozaiman A Hamid 

Sabtu, Oktober 01, 2022

Jadual Pengajian: Oktober 2022

Isnin, September 26, 2022

JAIS Larang Penggunaan Pembesar Suara Luar Semasa Ceramah


 

Selasa, September 20, 2022

Sumbangan Wakaf Khat

 

Surau Al-Ikhwan mempelawa semua untuk berwakaf bagi pemasangan khat di bahagian mihrab serta dinding depan di dalam ruang solat utama di sini (Rujuk poster). Sesiapa yang berhajat untuk berwakaf, bolehlah menyumbang ke dalam akaun bank Surau Al-Ikhwan: 

No. akaun: 120-380-101-02222 (Bank Islam)

Nama: Surau Al-Ikhwan

Reference: Wakaf Khat

 

Semoga segala wakaf yang disumbangkan oleh tuan/puan semua, akan dibalas dengan ganjaran yang lebih banyak oleh Allah swt.

  

#SurauAlIkhwan

#WakafKhat

#JomBerjemaahdiSurau

#JomImarahkanSurau

Khamis, September 01, 2022

Jadual Pengajian Ilmu: September 2022

Isnin, Ogos 29, 2022

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65

 

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65.
Kibarkan bendera Malaysia di unit masing-masing.
"Keluarga Malaysia Teguh Bersama"
Foto kredit: Internet

Sabtu, Ogos 20, 2022

Mercu Tanda Bukit Bandaraya Shah Alam


Mercu tanda Bukit Bandaraya Shah Alam sudah diindahkan kembali dengan menebas dan membuang semak samun di sekitar kawasan tersebut oleh pihak pemaju. 

Foto kredit Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya Shah Alam 

Rabu, Ogos 17, 2022

Indah Seri Nuang

Foto kredit Rozaiman A Hamid

Khamis, Ogos 11, 2022

Masjid, surau dilarang guna pembesar suara luar ketika sesi ceramah, kuliah

 

Utusan Malaysia – 10 Ogos 2022

SHAH ALAM: Umat Islam di negeri ini perlu hadir ke masjid atau surau untuk mendengar ceramah dan kuliah selepas alat pembesar suara bahagian luar tidak dibenarkan diguna bagi tujuan tersebut.

 

Justeru, kegunaan pembesar suara itu dihadkan kepada laungan azan dan bacaan ayat Al-Quran dalam tempoh singkat sebelum masuk waktu solat sahaja selaras dengan arahan dikeluarkan pada 23 Oktober 2017.

 

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, larangan perkara itu telah dikeluarkan selaras titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 16 Oktober 2017.

 

“Sultan Selangor dengan jelas menitahkan bahawa penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah hendaklah dihadkan di dalam ruang atau dewan masjid dan surau sahaja. (Manakala) pembesar suara luar hanya boleh digunakan bagi tujuan azan dan bacaan ayat-ayat Al-Quran bagi tempoh pendek sebelum azan dilaungkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Menurut Mohd. Shahzihan, baginda memutuskan demikian supaya kemuliaan Islam sebagai cara hidup yang sempurna, dinamik serta sentiasa mementingkan kesejahteraan masyarakat seluruhnya dapat dirasai semua pihak dan seterusnya menjadi contoh teladan yang baik.

 

Sehubungan itu, katanya, JAIS menyambut titah Sultan Sharafuddin dengan mengeluarkan arahan kepada pentadbir masjid dan surau seluruh negeri bahawa penggunaan pembesar suara luar untuk ceramah dan kuliah tidak dibenarkan pada 23 Oktober 2017.

 

“Justeru itu, siasatan lanjut telah dibuat (berhubung isu seorang lelaki mengamuk kerana sebuah surau di rumahnya di Ampang Campuran membuka pembesar suara luar semasa program kuliah subuh) mengikut Seksyen 12 (a) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No.9  Tahun 1995 kerana disyaki berlakunya satu perbuatan melanggar titah Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam di negeri ini,” tegasnya.

 

Baru-baru ini, beberapa portal berita tempatan melaporkan, polis menahan seorang lelaki yang telah menganggu sesi kuliah subuh di sebuah surau di Ampang Campuran, Ampang, pada minggu lalu.

Sumber: https://www.utusan.com.my/berita/2022/08/masjid-surau-dilarang-guna-pembesar-suara-luar-ketika-sesi-ceramah-kuliah/?utm_source=dable

Sabtu, Ogos 06, 2022

Pengail Surau Al-Ikhwan ke Bagan Tengkorak

Gambar kumpulan Pengail Surau-Ikhwan sebelum berangkat ke Bagan Tengkorak, Tanjung Karang bagi aktiviti mengail ikan di sana. Sebuah bot akan disewa bagi membawa ahli ke tengah laut. 

Selasa, Ogos 02, 2022

Tuan Guru di Surau Al-Ikhwan

 

Isnin, Ogos 01, 2022

Jadual Pengajian Surau: Ogos 2022

 


Ahad, Julai 31, 2022

Sekitar Bengkel Membuat Minyak Wangi (31 Julai 2022)

 

31 Julai 2022 (Ahad)
Bertempat di Perpustakaan Mini Seri Nuang, Bukit Bandaraya, Seksyen U11

Isnin, Julai 25, 2022

Bengkel Membuat Minyak Wangi

Salam semua, Satu program akan diadakan iaitu: "Bengkel Membuat Minyak Wangi" pada:

 Tarikh: 31 Julai 2022 (Ahad)

Masa: 10.00 pagi

Tempat: Surau Al-Ikhwan, Pangsapuri Seri Nuang, Bukit Bandaraya, Seksyen U11, Shah Alam 

Kepada yang berminat sila daftar di link: https://bit.ly/3cEqFl2. Penyertaan hanya terhad kepada 30 orang sahaja dan ianya PERCUMA!! 

Tarikh tutup penyertaan: 26 Julai 2022, 2.00 petang 

Rabu, Julai 20, 2022

JOM Sembahyang Berjemaah di Surau

Isnin, Julai 18, 2022

Sayangi Seri Nuang

Foto kredit: Rozaiman A Hamid
 

Sabtu, Julai 16, 2022

Bayaran Penyelenggaraan Tanggungjawab Pemilik Rumah


 

Rabu, Julai 13, 2022

Support your residents association

Source: The Star

Khamis, Julai 07, 2022

Salam Aidil Adha 1443H

 

Jumaat, Julai 01, 2022

Jadual Pengajian: Julai 2022

 

Rabu, Jun 01, 2022

Jadual Pengajian: Jun 2022

Selasa, Mei 10, 2022

Jadual Pengajian: Mei 2022

 

Sabtu, April 30, 2022

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2022

Sabtu, April 02, 2022

Jadual Pengajian: April 2022

 

Jumaat, April 01, 2022

Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1443H

Ahad, Mac 27, 2022

Sekitar Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil - 27 Mac 2022


Jumaat, Mac 25, 2022

Program Ihya Ramadan 1443H/2022M