Khamis, Julai 25, 2019

Info komuniti: Pantau anak-anak kita

Selasa, Julai 16, 2019

Karpet baharu untuk Surau Al-Ikhwan

Jumaat, Julai 12, 2019

Hapuskan Denggi: Bermula Dengan Saya

Jumaat, Julai 05, 2019

Jangan pelihara kucing jika menyusahkan keluarga, jiran

BH – 5 Julai 2019

KANGAR: Umat Islam dinasihatkan jangan memelihara kucing di rumah mereka sekiranya hobi itu boleh menimbulkan masalah dalam keluarga dan hidup berjiran.
Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata pemilik kucing harus menjaga haiwan peliharaan mereka dengan terurus dan jangan membiarkan bebas keluar ke rumah jiran dan membuang najis di situ sehingga menyusahkan jiran tetangga.
“Jika kucing seseorang pergi dan membuang najis di rumah jiran tidak berdosa bagi jiran itu menangkap dan membuang kucing itu ke tempat lain,” katanya menjawab soalan jemaah pada kuliah mingguannya di Masjid Alwi di sini, malam tadi.
Mohd Asri juga berkata, tidak ada sebarang hadis yang menyebut Nabi Muhammad menyuruh umatnya memelihara kucing, tetapi baginda mengingatkan supaya jangan menyeksa dan menyakitkan kucing.
– BERNAMA

Selasa, Julai 02, 2019

Gas memasak

Isnin, Julai 01, 2019

Pengajian bulan Julai 2019