Selasa, Disember 31, 2019

Perutusan 2020 oleh Pengerusi JMB

PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2020

Haji Mohd. Azrin Bin Haji Ezahar
Pengerusi
Badan Pengurusan Bersama
Pangsapuri Seri Nuang

Allah SWT berfirman di dalam Al-Qur’an, yang bermaksud: 
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (begitu sahaja setelah mereka) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya (dengan itu) Allah mengetahui orang-orang yang dusta (di kalangan mereka)”.
- Surah Al-Ankabut, Ayat 2-3

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang telah memberikan nikmat dan rahmat kepada kita, serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi penyatu ummat manusia sehingga akhir zaman.

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. Kini muncul pula tahun 2020, yang mana seperti biasa kita akan memperbaharui semangat dan azam supaya tahun baru ini menjadi lebih bermakna dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan duniawi dan ukhrawi sama ada membuat perubahan pada diri,keluarga  atau pun organisasi.

Dalam konteks sebagai penduduk Seri Nuang, kita berpegang bahawa permuafakatan itu adalah satu ibadah. Semangat kerjasama dan saling lengkap-melengkapi perlu disemai dan sentiasa berusaha untuk memberikan sikap yang terbaik. Marilah sama-sama kita kikis sikap “keakuan” yang ada dalam diri kita kerana “alone we can do so little, together we can do more”. Sentiasalah memberikan yang terbaik dan mengharapkan keredhaan Allah Taala. Sesungguhnya, kesinambungan keharmonian Seri Nuang terletak kepada kita semua.

Justeru, saya bersama Ahli Jawatankuasa JMB Seri Nuang Sesi 2019/2021 menyeru kepada semua penduduk agar sama-sama berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar kita sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Semoga segala perancangan yang telah direncanakan dapat direalisasikan dengan jayanya dan dilindungi daripada sebarang keburukan.

Selamat menyambut tahun baharu 2020 Masihi.

RUMAH KITA KAMPUNG KITA
Sahabat Seri Nuang yang mencadangkan penggunaan autogate secara “wave”. Sebenarnya JMB memang ada rancangan, tetapi kerana kewangan yang suntuk setakat ini, terpaksa lah ia ditangguhkan. Isu lift dan air adalah keutamaan setakat ini. Pemikiran perlu dianjakkan kerana ianya adalah antara kos yg tinggi utk menguruskan Seri Nuang. Sedikit tekanan memberi penambahbaikan, nilai dan pengetahuan yang baru Ini untuk kita elakkan dari zon yang terlalu selesa dan cepat berpuas hati dengan apa yang ada.


Bahasa jiwa bangsa, Bangsa kita ni sensitif, tetapi jiwanya besar. Bila ada tetamu datang, makanan akan dicari di luar rumah walaupun lauk di peti sudah ketiadaan. Orang kita bertutur bijak: siang pandang-pandang, malam dengar-dengar. Mengambil hati dan memberi hati adalah lumrah. Agaknya didikan kita begitu, bercakap harus sopan, laluan diberi pada yang tua, yang kecil diajar santunan. Rotan mengajar, bukan deraan. Kalau lebih keras, bangsa kita membeli bila maruah tercemar tapi berpantun sebelum bertikam. Walaupun bukan sepenuhnya islamik, tetapi adab dan adat ini menilai bangsa. Yang malas itu banyak bangsa, bukan melayu sahaja.

Akhir kalam, Selamat menyambut tahun masehi 2020, semoga Tuan-tuan, Puan-puan, Cik-cik dan anak-anak kita berjaya di dunia dan akhirat


RUMAH KITA KAMPUNG KITA

Perutusan tahun 2020 oleh Admin Komuniti Seri Nuang

PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2020

Admin
Komuniti Seri Nuang

Assalam Komuniti Seri Nuang,
Sebaik-baik manusia itu dia bermanfaat kepada manusia yang lain.Tujuan grup ini diadakan adalah untuk kita wujudkan satu keluarga besar di Seri Nuang, jadi:

“Idea, sangat diterima, sindiran, tidak ada tempat”

Kepada yang “ahli” (champion) dalam sesuatu perkara, mohonlah menyumbang sesuatu pada kampung kita. Jangan sekadar membaling batu ke dalam kolam, air gemercik dengan sia-sia

Surau Al Ikhwan (SAI)
merupakan wadah pertemuan Kita dan boleh menempatkan lebih dari 100 orang setiap masa, yg kita selalu nampak Satu saf shj, sedangkan ada lebih 240 pintu di Seri Nuang.Tapi SAI maklum bahawa di usia ini kita semua masih mengejar kerjaya. Kalau Allah izin dijemput datang bagai beraya, tiada masalah juga untuk hantar "askar" datang bersolat, semoga menjadi bakal mukmin dan muslimah yang tegap

Joint Management Body (JMB)
Yang hadir AGM tempohari pun tak sampai 30 orang, tetapi ada di antara mereka yang merasa bertanggung jawab, maka mengambil langkah untuk membentuk JMB yang baru, bertindak untuk membantu Seri Nuang. Mereka ini adalah penduduk macam kita juga, berkerja dan pada masa yang sama, mengambil berat maslahah Seri Nuang. Berikan kata-kata motivasi pada penduduk yang menjadi AJK SAI dan JMB. Mereka tidak memerlukannya, tetapi amat menghargainya.  Kepada yang menyewa di Seri Nuang  ini, di mana bumi kita berpijak, di situlah langit kita. Pendapat dan sumbangan anda tetap diterima untuk membangun Bangsa Seri Nuang ini walaupun anda tinggal buat sementara sahaja.  Semoga sumbangan itu menjadi saksi dan "mengalir" apabila kita sudah tiada nanti.

Kepada semua Ahli Grup Komuiti Seri Nuang, Rasullullah SAW memberi impian kepada umatnya untuk ke Negara Cina, tetapi visi ini ditunaikan dgn menemui Maharaja Gaozong oleh Saad Abi Waqqas 20 tahun selepas kewafatanNya. Jadi bermimpi dengan idea-idea baru itu tidak salah, malah digalakkan. Cuma hasilnya cepat atau lambat sahaja dilaksanakan.

Sebagai contoh ada sahabat Seri Nuang yang mencadangkan penggunaan autogate secara “wave”. Sebenarnya JMB memang ada rancangan, tetapi kerana kewangan yang suntuk setakat ini, terpaksa lah ia ditangguhkan. Isu lift dan air adalah keutamaan setakat ini. Pemikiran perlu dianjakkan kerana ianya adalah antara kos yg tinggi utk menguruskan Seri Nuang. Sedikit tekanan memberi penambahbaikan, nilai dan pengetahuan yang baru Ini untuk kita elakkan dari zon yang terlalu selesa dan cepat berpuas hati dengan apa yang ada.

Bahasa jiwa bangsa, Bangsa kita ni sensitif, tetapi jiwanya besar. Bila ada tetamu datang, makanan akan dicari di luar rumah walaupun lauk di peti sudah ketiadaan. Orang kita bertutur bijak: siang pandang-pandang, malam dengar-dengar. Mengambil hati dan memberi hati adalah lumrah. Agaknya didikan kita begitu, bercakap harus sopan, laluan diberi pada yang tua, yang kecil diajar santunan. Rotan mengajar, bukan deraan. Kalau lebih keras, bangsa kita membeli bila maruah tercemar tapi berpantun sebelum bertikam. Walaupun bukan sepenuhnya islamik, tetapi adab dan adat ini menilai bangsa. Yang malas itu banyak bangsa, bukan melayu sahaja.

Akhir kalam, Selamat menyambut tahun masehi 2020, semoga Tuan-tuan, Puan-puan, Cik-cik dan anak-anak kita berjaya di dunia dan akhirat


RUMAH KITA KAMPUNG KITA

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2020

Jumaat, Disember 20, 2019

Makluman: Pengurusan JMB kini

Khamis, Disember 19, 2019

Makluman Penyahaktifan Kad Akses Kenderaan

Gangguan Bising

Rabu, Disember 18, 2019

Haiwan Peliharaan: Kucing

Selasa, Disember 10, 2019

Jadual Tugasan Cleaner


Isnin, Disember 02, 2019

Jadual Pengajian bulan Disember 2019

Ahad, Disember 01, 2019

Hari terbuka Nurin Childcare Centre

Taska Nurin Childcare Centre telah mengadakan hari terbuka dan pendaftaran bagi tahun 2020. Sesi ini telah diadakan pada 30 Nov 2019 bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Ada beberapa aktiviti kanak-kanak telah disediakan kepada ibu bapa yang mendaftar pada hari tersebut.

Sabtu, November 30, 2019

Sesi cabutan undi parkir sewa JMB

Sesi pengudian bagi lot parkir sewaan JMB telah dijalankan pada 30 Nov 2019 jam 10.00 pagi di Mini Library Seri Nuang. Sejumlah 18 lot parkir sewaan telah dibuka kepada penduduk yang layak. Tempoh sewaan adalah selama setahun bermula 1 Jan - 31 Dis 2020.

Khamis, November 28, 2019

Perpustakaan Mini Seri Nuang

Rabu, November 13, 2019

Pengurusan Stres di Kalangan Wanita

Selasa, November 12, 2019

Notis Parkir Sewaan JMB

Isnin, November 11, 2019

Notis Pelekat Kenderaan 2020-2022

Jumaat, November 08, 2019

Salam Maulidur Rasul 2019


Rabu, November 06, 2019

Kelas Asas Umrah & Haji

Sabtu, November 02, 2019

Sembang Santai: Ibadah Haji dan Umrah

Jumaat, November 01, 2019

Jadual pengajian: Nov 2019

Rabu, Oktober 30, 2019

Makluman Pengurusan JMB Seri Nuang

Ahad, Oktober 27, 2019

Selamat Datang Jiran baru

Sabtu, Oktober 26, 2019

Jom SOLAT di Surau

Jumaat, Oktober 25, 2019

Peringatan kepada pemilik motorsikal/basikal

Jumaat, Oktober 18, 2019

No smoking and vaping in the lift

Selasa, Oktober 01, 2019

Pengajian bulan Oktober 2019

Jumaat, September 27, 2019

Bacaan Al-Mathurat

Bacaan Al-Mathurat akan dimulakan pada 29 Sept 2019 selepas solat subuh oleh Imam. 

Khamis, September 26, 2019

Update jadual pengajian bulanan

Solat Hajat untuk UPKK, PT3 dan SPM

Jumaat, September 20, 2019

Wakaf rak rehal DHO dan sumbangan Quran Wakaf

Surau telah mendapat dua (2) unit rak rehal beserta 20 unit rehal atas sumbangan wakaf orang ramai
Masjid Negara telah menyumbang sejumlah 60 unit Quran wakaf kepada surau.

Ahad, September 15, 2019

Selamat Hari Malaysia 2019

Rabu, September 11, 2019

Mesyuarat Agung Surau Al-Ikhwan 2019


Khamis, September 05, 2019

Caj Penyelenggaraan satu Kewajipan

Sinar Harian - 29 Julai 2019, m/s: 29

Selasa, September 03, 2019

Jadual pengajian bulan Sept 2019

Isnin, September 02, 2019

Majlis Baca Yaasin dan solat hajat (1/9/2019)


Sabtu, Ogos 31, 2019

Salam Maal Hijrah 1441H

Jumaat, Ogos 30, 2019

Salam Kemerdekaan tahun 2019

Selasa, Ogos 27, 2019

Majlis Solat Hajat & Bacaan Yaasin (1/9/2019)

Isnin, Ogos 26, 2019

Program Penstrukturan Semula Tunggakan Caj Penyelenggaraan 2019

Sabtu, Ogos 24, 2019

Trees for Life Merdeka 2019

Program anjuran MPP Zon 4 berlangsung hari ini (24 Ogos 2019) di Kebun Komuniti, BBSA, Seksyen U11 yang mana Seri Nuang turut serta memberikan sokongan. Tahniah.