Jumaat, November 26, 2010

Pasar Tani Mingguan@Taman Pertanian

Rabu, November 24, 2010

Program Sukarelawan Belia Seksyen 8 dan U11, Shah Alam

Adalah dimaklumkan Majlis Perwakilan Penduduk Zon 4, iaitu meliputi Seksyen 8 dan U11 mengajak semua belia, 17 tahun sehingga 40 tahun, lelaki dan perempuan untuk menyertai aktiviti-aktiviti penduduk seperti gotong-royong, rewang, sukan, kem bina semangat, X-Games, keusahawanan, kesenian, motivasi dan akademik serta kursus-kursus jangka pendek yang dianjurkan oleh MPP Zon 4, Penggerak Belia Tempatan Zon 4, MBSA dan Kerajaan Selangor.

Program-program terkini akan dimaklumkan kepada mereka yang mendaftarkan diri sahaja.

Program-program akan bermula pada awal Disember 2010 dan kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang tenaga dan idea, sila daftarkan diri anda dengan mengisi borang yang disediakan oleh MPP Zon 4. Borang tersebut hendaklah dihantar terus ke pejabat MPP Zon 4 mengikut waktu pejabat dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Boleh juga SMS ke En. Nabil di talian 012-300 7859 untuk sertai Program Jom Aktif dengan menghantar butiran seperti nama, alamat dan nombor telefon.

Berita Online:

Selangor lancar Penggerak Belia Tempatan

Website Penggerak Belia Tempatan, klik sini

Sabtu, November 20, 2010

Air untuk Rakyat



Download brosur di sini

Rabu, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Isnin, November 15, 2010

Program Young Khalifah

Khamis, November 11, 2010

Kenali Exco Perumahan/Pengurusan Bangunan Selangor

Ahad, Oktober 31, 2010

Bersama Ustaz Husni Zaim

















Majlis ilmu mengenai pengimarahan masjid / surau telah diadakan pada 30 Okt 2010 selepas maghrib. Tuan guru pada kali ini ialah seorang imam muda yang bernama Ustaz Husni Zaim Muhammad, Al-Azhar, yang merupakan bekas imam masjid di TTDI Jaya. Sekarang beliau bergerak sebagai pendakwah bebas di samping memenuhi undangan majlis ilmu.

Jumaat, Oktober 29, 2010

Perhimpunan Perdana JMB Selangor 2010

Bertempat di: Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Waktu: 8:30 pagi - 4:00 petang

Satu himpunan perdana bagi Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) akan diadakan pada 31 Oktober ini. Jawatankuasa JMB dari seluruh negeri Selangor adalah dijemput untuk menghadiri himpunan tersebut.

JMB adalah badan yang menguruskan kediaman berstrata seperti pangsapuri atau kondominium sebelum hakmilik strata dikeluarkan. Himpunan ini adalah anjuran bersama Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Himpunan itu akan diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Program akan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Di antara acara-acara menarik hari itu adalah ceramah penerangan tentang pengurusan JMB dan bengkel-bengkel membincang isu-isu berkaitan kediaman bertingkat.

Selain dari itu terdapat kaunter khidmat nasihat, kaunter-kaunter Pihak Berkuasa Tempatan dan pameran-pameran. Makan tengah hari adalah disediakan kepada semua yang hadir. Tujuan-tujuan utama himpunan itu adalah:

1. Membimbing JMB tentang cara-cara menguruskan bangunan mereka dengan cekap dan berkesan.
2. Peluang bagi JMB berkongsi atau mengemukakan masalah-masalah mereka.
3. Saluran bagi Kerajaan Negeri Selangor mendapatkan maklumbalas dari JMB tentang polisi-polisi dan peraturan-peraturan yang telah atau akan dilaksanakan.

Himpunan ini akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid, Dato' Menteri Besar Selangor. Bagi mereka yang berminat untuk hadir diharap dapat menghubungi 0132965469 (Azli) atau 0132069522 (Kamaruzaman). Mereka juga boleh menghubungi pejabat Pihak Berkuasa Tempat yang terdekat.

Selain dari Jawatankuasa JMB, mereka yang berminat untuk mengetahui tentang pengurusan kediaman bertingkat turut dijemput hadir. Cabutan bertuah akan diadakan dengan 5 peserta akan mendapat penginapan 1 malam percuma di Hotel De Palma, Ampang.

sumber dari:-
http://iskandar56100.blogspot.com/2010/10/himpunan-perdana-jmb-seluruh-negeri.html

Rabu, Oktober 27, 2010

Ceramah Umum

Jumaat, Oktober 22, 2010

Salam Takziah

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Nandre (2-2-5) di atas pemergian bapa mertuanya pada 20 Oktober 2010 yang lalu. Bapa mertua beliau telah meninggal dunia jam 2235 di Hospital Tg. Karang. Jenazah telah dibawa balik ke rumahnya di Tali Air 6, Sungai Leman, Sekinchan untuk dimandikan dan dikafankan. Seterusnya, jenazah telah disembahyangkan di Masjid Nurul Alaniah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg. Leman, Parit Tujuh, Sekinchan kira-kira jam 1100. Arwah meninggal dalam usia 70 tahun disebabkan oleh jangkitan kuman dalam usus.

Al-Fatihah.

Khamis, Oktober 14, 2010

Mesyuarat Penubuhan JMB Pangsapuri Seri Nuang

Mesyuarat Penubuhan JMB Pangsapuri Seri Nuang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 16 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna Seri Nuang

Semua pemilik rumah diminta hadir bersama-sama dalam mesyuarat tersebut.

Rabu, Oktober 13, 2010

Salam Takziah

Kami warga kerja Seri Nuang ingin mengucapkan berbanyak Takziah kepada Saudara Adnan Haris aka The Legend dari 2-2-5, Seri Nuang 2 di atas pemergian arwah ayahnya, Haji Haris Abdul Munai pada 12 Oktober 2010 di Hospital Taiping, Perak.

Jenazah kemudian telah dikebumikan di Tanah Perkuburan 2, sebelah Masjid Al-Ikhwaniah, Simpang, Taiping, Perak selepas sembahyang Zohor.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat Yang Esa.
Al-Fatihah.