Ahad, Januari 24, 2010

Bowling Seri Nuang DITUNDA!!!

Biro Sukan & Riadah, Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Nuang terpaksa menunda program Bowling yang sepatutnya diadakan pada 30 Jan 2010 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Harap maklum.




Sabtu, Januari 23, 2010

Team Takraw Seri Nuang

Ahli-ahli Seri Nuang sedang giat mengadakan latihan mingguan bagi acara sepak takraw. bagi sesiapa yang berminat, sila turun ke gelanggang takraw. kasi libas sama dia!!!

Selasa, Januari 05, 2010

Program kitar semula 2010

Wahai orang-orang kampung seri nuang sekalian,

pihak biro wanita seri nuang akan menganjurkan program yang julung-julung kali diadakan di sini iaitu 'kitar semula' atau 'recycled. program ini akan diadakan seperti berikut:

tarekh: 10 januari 2010 (ahad)
masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
tempat: berhampiran surau al-ikhwan.


kepada sesiapa yang ada barang-barang yang tidak digunakan lagi, bolehlah turun untuk meramaikan lagi kawan-kawan kita pada hari tersebut. antara barang-barang yang diambilkira ialah surathabaq lama, botol plastik, besi, kotak-kotak dan lain-lain lagi.

Jumaat, Januari 01, 2010

Ucapan Takziah

Tanggal 1 Januari 2010, satu peristiwa yang menyedihkan telah berlaku buat keluarga saudara Pengerusi Persatuan Penduduk Seri Nuang, Sdra Zaini Hassan, yang mana bapanya telah menghembuskan nafas terakhir pada subuh tahun baru tersebut di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Semoga rohnya akan dicucuri rahmat Yang Esa. Amin.

Kepada saudara Zaini, harap bersabar dan redha akan ketentuan Tuhan ini.

Rabu, Disember 30, 2009

Jemputan kenduri

Saudara kita, Taib Tanaro from 2-4-9 menjemput sahabat-sahabat Seri Nuang ke majlis kenduri kahwin adiknya pada 2 Januari 2010 yang akan berlangsung di kampung halamannya di Sungai Ayer Tawar, daerah Sabak Bernam.

Sesiapa yang berhajat ingin memenuhi undangan beliau ini, bolehlah sama-sama konvoi ke sana.

Rabu, Disember 23, 2009

Bacaan Yaasin & Tahlil rumah Zahidan Othman

Seri Nuangers,

Zahidan Othman akan mengadakan majlis bacaan Yaasin dan Tahlil pada 24 Disember 2009 bermula selepas sembahyang Maghrib. Pada 24hb Dis 2009, waktu maghrib masuk pada jam 7.12 malam.

Sesiapa ada kelapangan, silalah ke rumah beliau di alamat 2-G-2, Seri Nuang 2, BBSA.

Sila RSVP ke talian 016-245 8116.

Isnin, Disember 21, 2009

Kembali ke sekolah di Seksyen 8

Program Kembali Ke Sekolah dan Pemeriksaan Kesihatan

Surau Ar Rahmah bersama Ahli MPP ZON 4, En Adnan bin Jamburi dengan kerjasama ADUN Kota Anggerik, YB Tuan Haji Yaakob Sapari akan menganjurkan Program Kembali Ke Sekolah pada 26 Disember 2009(SABTU) Jam 8.00 Pagi, di DEWAN ANGSANA, SEKSYEN 8.

Aktiviti Program:

1) Pemberian Beg/Peralatan Sekolah

2) Pemeriksaan Kesihatan Percuma untuk semua penduduk Seksyen 8

3) Gerai Jualan dan Pameran


SEMUA PENDUDUK SEKSYEN 8 DAN SEKITAR ADALAH DIJEMPUT HADIR MENGAMBIL BAHAGIAN

Source: http://www.arrahmahs8.com

Sabtu, Disember 19, 2009

Selangor Ria '09

Jualan Selangor Ria kini kembali. Sertai kemeriahannya!
Pada 19 - 27 Disember 2009
Bertempat di Tapak Letak Kereta Stadium Melawati, Seksyen 13, Shah Alam

Jumaat, Disember 18, 2009

Salam Maal Hijrah

Jumaat, Disember 11, 2009

Selamat Ulangtahun Keputeraan Al-Sultan Selangor

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH AL-HAJ
IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL-HAJ
D.K., D.M.N., D.K.(Terengganu)., D.K.(Kelantan)., D.K.(Perak).,
D.K.(Perlis)., D.K.(Negeri Sembilan)., D.K.(Kedah)., S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.

Khamis, Disember 10, 2009

Lembaga Zakat Selangor

Jom bayar zakat sebelum 31 Disember 2009. Kunjungilah mana-mana kaunter zakat atau agen kutipan zakat anda yang berhampiran.

Khamis, Disember 03, 2009

Bisnes apa yang sesuai di Seri Nuang?

Bisnes, bisnes, bisnes?

Apa yang sesuai di Seri Nuang?

1. Alat tulis
2. Dobi
3. Kedai makan
4. Cyber kafe
5. Kedai runcit

dan apakah kemudahan yang perlu ada?

1. Telefon awam
2. Bas mini