15 tahun yang lalu
Rabu, November 26, 2008
Selasa, November 25, 2008
Lambaian Kaabah
Musim Haji 2008 tiba lagi dengan gelaran Lambaian Kaabah. Rukun Islam ke-5 merupakan satu rukun Islam yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam untuk mengunjungi Makkah. Kepada sesiapa yang telah mengunjunginya, ianya adalah satu pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Umat Islam yang berkunjung ke Makkah merupakan Tetamu Istimewa kepada Allah swt. Maka lengkaplah rukun Islam yang lima itu jika sudah menunaikan ibadah Haji ke Baitullah.Semoga dengan ibadah haji yang ditunaikan itu akan mendapat haji yang mabrur. Marilah kita doakan kepada semua umat Islam supaya dapat menunaikan haji dengan selamat. Selamat pergi dan selamat pulang ke Malaysia.
Labels:
Kaabah,
Makkah,
Musim Haji 2008
Ahad, November 23, 2008
Ping Pong at Seri Nuang
Kepada semua penghuni Seri Nuang @ Bukit Bandaraya Shah Alam, meja ping pong ada disediakan di dalam dewan serbaguna. Sesiapa yang ingin bermain ping-pong, adalah dialu-alukan kehadirannya. Meja ping-pong ini diperolehi adalah hasil usaha Saudara Zaini from Level 5. Baton untuk main tu ja kena bawa sendiri. Anyway, selamat main ping-pong.
Labels:
dewan serinuang,
pig pong
Isnin, November 03, 2008
Perjumpaan Pemilik Pangsapuri Seri Nuang
Pihak Jawatankuasa Penduduk Pangsapuri Seri Nuang ingin mengadakan satu perjumpaan dengan semua pemilik rumah di Pangsapuri Seri Nuang pada:
- Tarikh: 7 November 2008
- Masa: 8.30 malam (Selepas sembahyang Isyak)
- Tempat: Surau Al-Ikhwan
Tujuan perjumpaan ini diadakan ialah untuk membincangkan hal-hal penambaikan untuk semua penduduk di pangsapuri ini.
Oleh itu, minta kerjasama semua pemilik rumah di sini untuk hadir bersama-sama dalam perjumpaan tersebut.
Labels:
Perjumpaan pemilik
Azli 2-2-8 mendapat cahaya mata pertama
TAHNIAH Azli dan keluarga!!!!!!
Pada hari Jumaat lepas (31 Oktober 2008) tepat jam 3.34 petang, Saudara Azli dari 2-2-8 telah menerima cahaya mata yang pertama. Baby boy yang diberi nama Muhammad Aqeef Danial telah selamat dilahirkan di Darul Ehsan Medical Centre, Seksyen 9, Shah Alam dengan beratnya 3.0kg.
Semoga Azli (Email: mazlia@bankislam.com.my) murah ruzki dan selamat menjadi Bapa... Tahniah, tahniah.
Pada hari Jumaat lepas (31 Oktober 2008) tepat jam 3.34 petang, Saudara Azli dari 2-2-8 telah menerima cahaya mata yang pertama. Baby boy yang diberi nama Muhammad Aqeef Danial telah selamat dilahirkan di Darul Ehsan Medical Centre, Seksyen 9, Shah Alam dengan beratnya 3.0kg.
Semoga Azli (Email: mazlia@bankislam.com.my) murah ruzki dan selamat menjadi Bapa... Tahniah, tahniah.
Labels:
Azli 2-2-8,
baby boy
Konsert Lebaran D'Kayangan
Pada 1 November 2008, satu konsert yang diberi nama Konsert Lebaran D'Kayangan telah diadakan pada jam 2.00 petang di Seksyen 13, Shah Alam. Artis yang dijemput hadir ialah Akhil Hayy, Faizal Tahir dan Siti Nurhaliza. Maka pada hari tersebut, pejabat jualan Lebar Daun di Seksyen 9 tidak beroperasi sama sekali. Ramai juga pembeli yang pergi ke sana untuk berurusan tertanya-tanya kerana tidak ada notis yang mengatakan pejabat tidak beroperasi pada hari tersebut.
Hanya ada seorang security guard yang sedang makan di kedai mamak berhadapan dengan pejabat Lebar Daun yang memberitahu bahawa pejabat tidak ada staf.
Hanya ada seorang security guard yang sedang makan di kedai mamak berhadapan dengan pejabat Lebar Daun yang memberitahu bahawa pejabat tidak ada staf.
Labels:
D'Kayangan,
Seksyen 13
Ahad, November 02, 2008
Badminton oleh Seri Nuangers
Saudara Zahidan selaku moderator untuk aktiviti badminton telah menyewa dewan di Seksyen 6, Shah Alam untuk membolehkan warga Seri Nuang meluangkan masa untuk bermain Badminton pada hujung minggu. Tarikh-tarikh yang telah dibooking ialah:
- 26 Oktober
- 2 November
- 9 November
- 16 November
Masa yang tekah dipilih ialah jam 9.00 hingga 11.00 malam.
Oleh itu, marilah ramai-ramai kita meriahkan court badminton di Seksyen 6 dengan gaya Seri Nuangers.
Labels:
badminton
Rabu, Oktober 29, 2008
Selasa, Oktober 28, 2008
Rabu, Oktober 22, 2008
Jamuan @ Seri Nuang berjaya dilaksanakan
Tahniah kepada semua yang telah menjayakan program tersebut dan berbanyak tahniah juga kepada warga kerja yang telah bertungkus-lumus dalam usaha murni ini. Syabas!
Program seumpama ini amatlah penting demi mengeratkan lagi hubungan antara jiran tetangga.
Labels:
eureka
Jumaat, Oktober 10, 2008
Jamuan Hari Raya @ Seri Nuang

Selamat Hari Raya kepada semua warga Seri Nuang @ Bukit Bandaraya Shah Alam.
Jawatankuasa Penduduk telah berbincang dan bersetuju untuk mengadakan jamuan hari raya aidil fitri yang julung-julung sekali diadakan pada tahun ini. Butirannya adalah seperti berikut:
Tarikh: 18 Oktober 2008 (Sabtu)
Masa: 7.45 malam
Tempat: Tempat parking kereta sebelah Surau Al-Ikhwan
Jamuan ini diadakan secara Pot-Luck di mana setiap rumah adalah dialu-alukan untuk membawa juadah untuk majlis tersebut. Semua warga Seri Nuang adalah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi program tersebut.
P/s:
Pada hari yang sama jugak, Saudara Azwan (rumah nombor 2-2-15) mengadakan jamuan hari raya bermula 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang. Semua warga Seri Nuang dijemput hadher.
Labels:
jamuan raya 2008,
n raya 2008
Rabu, Oktober 08, 2008
Baraan - amalan kunjung-mengunjung
"Baraan" adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Jawa yang bermaksud mengunjungi setiap rumah di dalam kawasan tempat tinggal kita. Jika terdapat 50 buah rumah, maka setiap orang akan pergi ke setiap rumah tersebut secara berkumpulan. Amalan ini masih lagi diamalkan oleh masyarakat Jawa di sekitar Selangor, Perak dan Johore. Selalunya program ini diadakan pada hari raya kedua dan seterusnya. Kumpulan lelaki akan beraya pada hari raya kedua manakala kumpulan perempuan pula akan beraya pada hari raya ketiga.
Ini adalah satu cara untuk memupuk satu permuafakatan di antara penduduk di dalam sesebuah kampung. Amalan ini jarang terdapat di tempat-tempat lain.
Sesiapa ada pengalaman turut serta dalam program baraan ini, sila kongsi di ruangan komen.
Ini adalah satu cara untuk memupuk satu permuafakatan di antara penduduk di dalam sesebuah kampung. Amalan ini jarang terdapat di tempat-tempat lain.
Sesiapa ada pengalaman turut serta dalam program baraan ini, sila kongsi di ruangan komen.
Labels:
Baraan
Langgan:
Catatan (Atom)
