Khamis, Februari 06, 2014

Update: Saluran kumbahan tersumbat lagi

Diminta kerjasama semua pihak supaya tidak membuang benda-benda yang boleh menyebabkan saluran ini akan tersumbat

Rabu, Februari 05, 2014

Surau Al-Ikhwan menerima sumbangan rak

Alhamdulillah, Surau Al-Ikhwan telah menerima sumbangan kabinet kayu dan rak dinding hasil sumbangan seorang Hamba Allah dari Seri Nuang 2 tempoh hari. PIhak Surau amat berterima kasih atas sumbangan tersebut. Surau juga mengalu-alukan para jemaah dari kedua-dua blok untuk sama-sama berjemaah di surau pada waktu sembahyang. InsyaAllah.

Ahad, Januari 26, 2014

Sekitar ceramah Maulidur Rasul - 26 Jan 2014


Ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Suhairi b. Haji Jairi, Imam Masjid Jamek Raja Tun Uda, Seksyen 16, Shah Alam.

Rabu, Januari 22, 2014

Moh ke Ceramah Maulidur Rasul peringkat Seri Nuang


Selasa, Januari 14, 2014

Salam Maulidur Rasul


Selasa, Disember 31, 2013

Salam 2014


Selasa, Disember 17, 2013

Mengaji di Seksyen 8

Marilah sama-sama meriahkan majlis ilmu ni.

Ahad, Disember 15, 2013

Periksa speaker surau yang rosak

Speaker surau yang rosak perlu ditukar dengan unit yang lebih tahan.

Rabu, Disember 11, 2013

Cuti umum 11 Disember 2013

Hari ini keputeraan Sultan Selangor yang ke-68. Semoga Selangor dimurahkan rezeki di bawah pemerintahan Tuanku. Amin. Pejabat JMB juga tutup hari ini dan beroperasi seperti biasa pada 12 Disember 2013.

Gambar sumber: Internet

Ahad, Disember 08, 2013

Gangguan bekalan air di BBSA

Gangguan bekalan air paip di Bukit Bandaraya akan berlaku pada 10 Disember (jam 9.00 malam) sehingga 11 Disember (jam 7.00 pagi). Ini berikutan kerja-kerja menambah paip dalam tanah di kawasan Bukit Bandaraya.

Sumber: Syabas

Isnin, Disember 02, 2013

Nota Kuliah Maghrib oleh Ustaz Mohd Abdullah

Ahad, Disember 01, 2013

Kuliah oleh Ustaz Mohd Abdullah b. Mohd. Noor

Kuliah mengenai 'Kejiranan Dalam Islam' pada 1 Dis 2013 telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Abdullah b. Mohd. Noor yang berasal dari Bachok, Kelantan Darul Naim. Beliau berkelulusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Sains Politik dan minor dalam bidang Islamic Revealed Knowledge dan Foundation dalam bidang Human Sciences. Beliau mendapat tauliah mengajar dan berceramah dalam Selangor oleh MAIS bermula 2010 sehingga 2014.